5 Langkah Kembalikan Rasa Percaya Pada Orang lain.

 

Apabila telah hilang kepercayaan ini, sudah pastilah sukar untuk seseorang itu percaya semula kepada diri kita. Mana tidaknya, sikap seperti ini biasanya akan diingat oleh orang yang kita khianati itu. Walaupun bukan mudah untuk kembalikan rasa percaya tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membuatnya kembali percaya kepada kita.

Rasa saling percaya ini agak penting dalam hubungan. Mana tidaknya, ia mampu menjamin kebahagiaan dalam satu hubungan tersebut. Jika perhubungan tanpa kebahagiaan sudah pastilah ia penuh dengan syak wasangka serta pergaduhan kerana rasa cemburu.



Berikut adalah cara untuk kembalikan rasa percaya pada orang lain.

1. Semua orang penah ada masa lalainya.

Setiap orang tidak sempurna, maka dengan itu apabila seseorang itu melakukan kesilapan yang mungkin akan mengecewakan diri anda, cuba untuk berikannya peluang sekali lagi tapi tanpa meletakkan apa-apa pengharapan. Begitu juga dengan anda, jika anda hilang rasa percaya dari orang lain pasti anda inginkan satu peluang.

2. Lakukan perubahan.

Untuk kembalikan rasa percaya atau dapatkan kepercayaan semula ini pasti ia perlukan perubahan yang baik dari diri sendiri. Jadi mulakan semula dari diri anda sendiri. Sama ada anda mahukan berikan kepercayaan atau mahukan orang mempercayai anda, pastikan ia bermula dengan perubahan diri sendiri.

3. Lupakan perkara tersebut.

Mungkin akan anda rasa menyesal selepas melakukan perkara tersebut. Tapi jangan terlalu memikirkan perkara tersebut dan menyalahkan diri anda sendiri. Mula lupakan perkara tersebut dan menganggap bahawa ia bukanlah kesilapan yang tidak boleh diperbaiki. Masa inilah anda perlu perbaiki kesilapan tersebut.



4. Jangan mudah bersangka buruk.

Untuk mendapatkan kepercayaan atau memberikan kepercayaan ini, sudah tentulah anda perlu buang segala prasangka buruk yang anda. Mana tidaknya perkara tersebut hanya memburukkan keadaan bukannya membuat keadaan bertambah baik. Jadi jauhi perkara seperti berfikiran negatif ataupun overthinking ini.

5. Percaya diri sendiri.

Tidak apa jika anda tidak mampu dapatkan kepercayaan dari orang lain atau tidak mampu memberikan kepercayaan kepada orang lain. Apa yang lebih penting adalah anda percaya akan diri anda. Barulah semua perkara yang akan anda lakukan itu lebih yakin.

Memberikan dan menerima kepercayaan ini bukan mudah, apabila anda hilang perkara ini ia mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula. Tapi apa-apa pun, ia akan memberi pengajaran kepada dalam hidup anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen