“Mencuri Nombor Telefon,” Antara Teknik Pikat Yang Tidak Disukai Wanita.

 

Biasanya orang lelaki ini terlalu yakin akan teknik memikat hati wanita. Bagi mereka teknik itu pasti akan berjaya dan dirinya akan membuat wanita tersebut terpikat. Tapi sebenarnya, ia adalah perkara yang silap. Terdapat beberapa teknik memikat yang wanita tidak suka. Melainkan dirinya sendiri memberikan persetujuan akan perkara tersebut. Namun begitu, kebanyakan orang lelaki tidak kisah akan perkara-perkara seperti ini.



Jangan memandang rendah akan perkara-perkara seperti ini, mana tidaknya ia akan membuat anda alami kesukaran untuk mendekati seorang wanita. Walaupun anda rasakan ia adalah perkara yang cukup berani anda lakukan.

Berikut adalah teknik memikat wanita yang salah:

1. Bersiul atau memanggil.

Orang lelaki ini kadang kala memikat wanita yang lalu di hadapannya dengan bersiul, memanggil atau menyindirnya. Selalunya orang lelaki ingat, wanita akan menyukai perkara seperti ini. Tapi sebenarnya, wanita tidak sukakannya. Kelakuan anda ini seolah-olah tidak menghormati dirinya. Jika anda fikir perkara ini dapat menarik perhatian darinya, anda silap.

2. Meninggalkan komen aneh di media sosial.

Niat anda mungkin untuk menarik perhatian darinya, tapi ia bukanlah satu perkara yang disenangi wanita. Mencari perhatian dengan meninggalkan komen yang tidak sopan adalah tidak sesuai dengan cara mereka yang ingin mencari pasangan. Bagi anda yang telah mengalami ini, anda sepatutnya mengabaikan komennya dan kemudian menyekat atau melaporkan akaun media sosialnya.

3. Menyuruh wanita senyum.

Mungkin tidak semua gadis akan tersinggung dengan keadaan seperti ini. Tetapi bayangkan apabila anda letih selepas seharian bekerja dan pulang ke rumah dengan wajah penat dan lelah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang melihat anda dengan wajah pelik dan memberitahu anda untuk tersenyum. Sesetengah wanita akan patuh untuk menunjukkan kesopanan, tetapi ada wanita lain akan menganggap perkara itu sebagai menjengkelkan.



4. Menyentuh tubuh badan.

Bagi sesetengah orang, berbual sambil menyentuh badan orang lain dianggap sebagai perbuatan biasa. Tetapi jika ini dilakukan kepada jantina yang berlainan walaupun kepada seseorang yang baru diketahui, menyentuh badan orang lain terlalu sering boleh bererti bahawa dia tidak sopan.

5. Dapatkan nombor telefon daripada orang lain.

Untuk lelaki dan perempuan, jika anda ingin berjumpa dengan seseorang, anda harus meminta nombor secara langsung. Di sisi tidak sopan, meminta nombor seseorang dari orang lain hanya untuk mengenali menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai cukup keberanian untuk bersemuka tetapi ingin mengambil jalan mudah untuk mendekati keperibadian dirinya.

Mereka yang memikat memalui cara ini biasanya kelihatan tidak sopan, bahkan anda tidak mungkin akan dapat memiliki hati wanita tersebut. Tapi jika anda mencuba perkara ini kepada remaja perempuan sudah pasti ia akan berjaya kerana mereka masih belum berfikiran dengan matang. Tapi pasti bukan mereka yang anda mahukan bukan?

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,718 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen