5 Sebab Si Dia Tinggalkan Anda Bergantung Tidak Bertali.

 

Anda dan dirinya telah beberapa kali berjumpa, malah kalian juga kerap berkomunikasi. Dirinya begitu mudah membuat anda tersenyum dan ketawa walaupun hanya melalui panggilan telefon. Tapi apabila hati anda sudah mula berbunga-bunga, dirinya pula seakan-akan menjauh dari anda. Sedangkan anda merasakan anda tidak akan melakukan perkara yang telah melukakan hatinya. Bahkan anda menjaga tutur kata dan kelakuan anda dengan baik setiap kali bersama dengannya.

Tapi mengapa dirinya mula menjauhkan diri malah tinggalkan anda bersendirian tanpa memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku. Sudah tentu anda akan tertanya-tanya bukan? Mungkin ia berpunca dari 5 sebab ini.



1. Anda hanya persinggahan buat dirinya.

Dia bukan mahukan anda secara serius atau ingin berkawan dengan anda. Tetapi ia hanya menganggap anda sebagai tempat untuk dirinya menghilangkan bosan. Apabila dirinya bosan, maka anda adalah peneman dirinya tetapi apabila dirinya telah kembali bersama semula dengan kekasih hatinya, anda akan ditinggalkan begitu sahaja.

2. Perasaannya berubah.

Hati manusia ini sememangnya cepat berubah, ia akan berubah bila-bila masa mengikut keadaan. Oleh itu, jika anda perasan bahawa dia mula menjarakkan diri dengan anda, anda tidak boleh menyalahkan dirinya. Sudah menjadi perkara biasa, hati seseorang itu akan berubah apabila kita ini bukan seseorang yang dirinya inginkan.

3. Dia tidak pasti dengan anda.

Apabila dirinya sendiri ragu-ragu dengan anda serta perasaan dirinya. Itu akan membuatkan dirinya menjauh. Sebagai contoh, anda tidak memberikan hint yang jelas kepada dirinya, adakah anda benar-benar mahukan dia atau hanya sekadar menganggapnya sebagai teman sahaja. Apabila ragu-ragu pastilah ia makin menjauh.



4. Dia tidak temui apa yang dirinya inginkan.

Setiap orang pasti akan meletakkan satu ciri impian terhadap pasangannya. Maka dengan itu, dia akan mula mencari ciri-ciri tersebut sekiranya ada atau tidak dengan seseorang yang dia dekati. Apabila dia tidak menjumpai, maka dia pun akan mula menjauhkan diri daripada anda.

5. Dia hanya mahu mempermainkan anda.

Kecewa? Sakit hati? Apabila mengetahui perkara ini. Tapi itulah kenyataan yang perlu anda hadapi. Seseorang yang dekat dengan kita ini kadang kala bukan mempunyai niat yang baik. Bahkan mereka ini belum tentu mendekati kita kerana minat, dan suka terhadap kita. boleh jadi dia datang hanya ahu mempermainkan perasaan sahaja.

Biasanya seseorang yang menggantung anda tidak bertali ini akan membuat anda kecewa. Namun pada masa yang sama dirinya tidak mahu kehilangan anda, sebab itu dia membiarkan anda kecewa dengan diri sendiri bukan dengan satu penjelasan.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,981 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen