Tips Untuk Merawat Hati Yang Terluka.

 

Apabila hati terluka setelah bercinta, pasti ia sukar untuk dirawat dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Setiap individual pasti berbeza cara untuk merawat hati yang terluka, namun perkongsian daripada saudara ini adalah salah satu cara untuk mengubati diri…

********

BERI MASA UNTUK MENGUBATI DIRI

Orang selalu kata, “time heals all wounds”. Namun bukan kesemua luka dan kecederaan boleh diubati dengan masa, terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. Yang boleh mengubatinya ialah diri kita sendiri, adakah sudah masanya kita berdamai dengan tetapan takdir atau kita masih mencari-cari jawapan di sebalik alasan yang diberi.

Saya teringat pada syarahan TED Talk seorang pakar psikologi, Guy Winch. Beliau juga penulis kepada buku How To Fix a Broken Heart. Di atas pentas tersebut, beliau mengatakan sesetengah orang tidak dapat untuk sembuh daripada dicurangi adalah kerana masih mencari-cari jawapan dramatik pada sesuatu yang sebenarnya mudah.

Kita adalah makhluk yang diiringi dengan emosi dan perasaan. Apabila ada orang mengkhianati janji setia cintanya pada kita, kita cuba merungkai mengapa itu berlaku. Padahal yang sebenarnya adalah mudah, kita tidak diperlukan lagi oleh orang itu.

Tetapi kita enggan untuk menerima, dan mencari jawapan lain sehinggakan memakan masa yang lama untuk bangkit kembali. Itulah sebabnya mengapa ada orang yang begitu sukar sekali untuk keluar daripada belenggu kisah lampau.

Pernah saya menonton video menerangkan adakah kita boleh kembali ke masa lampau atau pun masa hadapan mengikut logik sains. Berdasarkan video tersebut, kita hanya boleh pergi ke masa hadapan tetapi kita tidak boleh balik ke masa lampau.

Kita boleh ke masa hadapan dengan syarat pergi ke tempat yang gravitinya tinggi seperti lubang hitam atau ‘blackhole’. Manakala kita tidak boleh ke masa lalu adalah disebabkan ‘second law of thermodynamics’. Begitulah istilah sainsnya yang jika ingin faham sekali lalu, bolehlah para pembaca menonton filem Interstellar.

Mengikut sains, kita tidak boleh ke masa lalu, begitu juga dengan psikologi dan minda kita. Kita akan terperangkap dan tidak boleh menyerlahkan potensi diri yang sebenar jika asyik dengan memikirkan perkara silam. Apa yang boleh kita lakukan untuk masa lalu adalah mengambil pengajaran dan berubah darinya dengan bersungguh-sungguh.

“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya” (Surah al-Mukminun: 61)


KETAHUI MASA SESUAI UNTUK BERCINTA KEMBALI

Orang yang dicurangi biasanya sukar untuk kembali percaya pada orang lain yang datang dalam hidup mereka. Ini adalah kerana kesan trauma terhadap hati dan emosi yang telah dirobek sebelum ini. Namun, yang menjadi persoalan kita adalah bilakah waktu yang sesuai untuk kembali bercinta.

Adakah kita perlu tunggu sahaja seseorang datang dalam hidup kita atau perlukah kita mencarinya. Ini adalah persoalan-persoalan yang normal dan kerap bermain di fikiran.

"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” [Riwayat Tirmizi]

Jalan yang terbaik bagi kita ialah berkawan dahulu dengan orang lain.

Maksud berkawan di sini ialah kita sematkan niat untuk mencari pasangan tetapi tidak perlu memberitahu mereka. Maksudnya di sini ialah kita sekadar berkawan untuk mengenali hati budi dan mereka pasti akan menunjukkan sifat mereka sekadarnya.

Perlu difahami ialah elakkan dari menaruh perasaan atau pun memberi harapan. Kerana itu sendiri telah menyalahi konsep berkawan seperti yang dicadangkan ini. Dan apabila telah bersedia, barulah lakukan tindakan seterusnya dengan bertanya.

Jika ditolak, kita pun tidak begitu kecewa kerana itulah prosesnya untuk mencari pasangan yang kita inginkan. Bukanlah sekali jalan sahaja terus jumpa yang tepat, itu tidak benar sama sekali.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen