“Sering Ditinggalkan Kerana Tidak Setaraf…” Jom Ikuti Tips Ini.

 

Cinta itu buta. Cinta tak mengenal usia. Cinta juga tidak mengenal darjat. Tiada pasangan yang sempurna, hanya Allah SWT yang Maha sempurna. Zaman sekarang, zaman moden di mana semua manusia inginkan kesempurnaan. Malah, tidak kisah berhabisan duit semata-mata untuk kepuasan sendiri.

Sebahagian daripada kita lebih selesa hidup dalam keadaan yang bersahaja dan sederhana, tidak suka dengan hutang sekeliling pinggang, kereta mewah dan sebagainya. Ada juga lebih selesa hidup di kampung dan tidak bekerja di bandar. Namun ada juga hidup di bandar, tetapi lebih suka merendah diri dan tidak takbur.

Realiti tidak sama seperti dalam drama atau fantasi. Pasangan mana yang tidak ingin bahagia?. Sebahagian daripada mereka tidak setaraf dari segi sama ada pelajaran atau pekerjaan. Sebagai contoh, si lelaki hanya ada sijil dan kerja di kilang, tetapi si gadis belajar sampai tahap degree dan bekerja sebagai pegawai. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka tidak mahu melihat anak perempuannya hidup susah, dan kepercayaan mereka kepada si lelaki itu sudah tentu kurang meyakinkan.

Jika anda mengalami situasi begini, bagaimana anda mahu menyelesaikannya?

1. Tetapkan pendirian untuk mengubah nasib diri.

Jika anda sudah bersedia untuk berumah tangga, jangan melengahkan masa lagi. Setkan dalam minda anda, yang anda tidak mahu bermain-main atau kebudak-budakan lagi. Pastikan sudah ada rancangan untuk bekerja sebagai apa, dan fokus dengan pekerjaan anda. Jangan libatkan diri anda dengan suasana yang negatif dan jangan peduli dengan kata orang.

2. Aktifkan diri untuk terlibat dalam program-program yang meningkatkan jati diri.

Seperti sukarelawan, fasilitator, dan bersukan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja berkeyakinan, malah disebabkan anda sudah berjumpa dengan ramai orang, automatik anda mendapat lebih ilmu pengetahuan.

3. Dari segi personaliti, jika sebelum ini anda tidak berketerampilan kemas, cuba untuk berubah.

Bukan untuk orang lain, tetapi untuk keyakinan diri sendiri. Apabila sudah yakin dengan diri sendiri, bakal mertua pasti yakin dengan anda. Jika si gadis tidak pandai untuk memakai gincu, apa salahnya belajar dulu untuk memakai lip balm yang bewarna cerah. Tidak salah juga untuk mencalit sedikit warna gincu pink di pipi dan ratakan untuk kelihatan lebih segar.

Oleh itu, pasangan yang baru bercinta mahupun sudah berkahwin, elakkan perkecilkan pasangan anda. Jika mahu hidup susah senang bersama, sama-sama bertanggungjawab untuk memperbaiki diri tetapi bukan dengan angkat kaki lalu pergi meninggalkan kekasih hati.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,206 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen