10 Perkara Yang Si Isteri Mahu Suaminya Lakukan Dalam Rumah Tangga Nanti.

 

Setiap insan pasti ada sahaja harapan terhadap insan lain. Pasangan yang bercinta, malah pasangan yang sudah berkahwin tidak lari dari situasi ini. Harapan yang menggunung tinggi, kadang-kala sangat mengecewakan sekiranya pasangan tidak menurut permintaan atau kemahuan yang diinginkan.

Oleh itu, adakah salah sekiranya seorang isteri mengharapkan suaminya boleh melakukan semua perkara yang dia ingini? Kata cinta? Kata sayang? Sebelum melafazkan akad nikah, pernah atau tidak terfikir tentang perkara ini dalam jangka masa yang panjang?

Setiap suami isteri pasti banyak tanggung jawab untuk dilaksanakan, jadi sudah tentu si isteri mahukan suaminya boleh memberikan seperti berikut….

1. Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.

2. Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan-rakan.

3. Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.

4. Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.

5. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.

6. Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.

7. Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.

8. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan intim dengannya.

9. Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.

10. Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

Semoga perkara – perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen