Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memperkenalkan Si Dia Kepada Orang Tua Anda.

 

Pasti rasa sangat gemuruh dan berdebar apabila kita ingin membawa pasangan kita berjumpa orang tua buat kali pertama. Mana tidaknya, kita pasti risau jika pasangan kita itu tidak seperti yang ibu bapa kita inginkan. Yelah, hati kita sudah sayang tapi bila tidak dapat restu, pastilah akan sedih dan kecewa.

Sebelum membawa pasangan kita berjumpa ibu bapa, kita perlulah melakukan sedikit persediaan. Tidak kiralah di sebelah pihak anda mahupun ibu bapa. Perkara ini dilakukan demi memikat ibu bapa kita bahkan ingin mendapat restu dari mereka. Jadi tidak salah pun kan?

Berikut adalah persediaan yang perlu anda lakukan.



1. Pastikan memberitahu ibu bapa anda.

Langkah yang paling utama adalah anda memberitahu ibu bapa anda bahawa anda ingin memperkenalkan seseorang yang istimewa bagi anda kepada mereka. Ini mungkin bukan sekadar makluman sahaja tetapi ia juga sebagai persediaan untuk mereka apabila melihat pasangan anda nanti. Tidaklah anda membawanya secara tiba-tiba dan ibu bapa anda pula kurang mengalu-alukannya nanti.

2. Beritahu mengenai peribadi pasangan.

Selepas itu, mulalah anda membuat perkongsian mengenai pasangan anda itu. ceritakan sedikit bagaimana pasangan anda, bahkan latar belakang pasangan anda. Jangan lupa pula untuk lihat air muka ibu bapa anda. Takut-takut dirinya tidak menyukai pasangan anda pula. Tapi pastikan beritahu yang baik-baik sahaja.

3. Memberitahu pasangan bila anda akan membawanya berjumpa dengan orang tua anda.

Pastikan anda sudah mempunyai tarikh yang tetap untuk membawa pasangan anda. Bukan apa, pasangan anda nanti bolehlah lakukan sedikit persediaan. Tidak lah nanti dirinya pergi tanpa sebarang persediaan terlebih dahulu. Pastikan tarikh itu sangat bersesuaian seperti bukan hari yang sibuk atau memenatkan.



4. Memberitahu pasangan tentang ibu bapa anda.

Jangan lupa untuk memberitahu pasangan anda, bagaimana orang tua anda. Barulah pasangan anda akan tahu cara berkomunikasi dengan mereka nanti. Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa anda seorang yang ramah ataupun sedikit tegas. Beritahu sahaja agar pasangan anda bersedia untuk berdepan dengan orang tua anda.

5. Membantu pasangan anda untuk menjadi seseorang yang disenangi.

Anda pasti tidak mahu kehilangan pasangan anda bukan? Jadi tidak salah sekiranya anda membentuk kelakuan pasangan anda menjadi seseorang yang ibu bapa anda sukai. Tidak kiralah dari segi kelakuan ataupun percakapan. Ini adalah salah satu usaha untuk anda bagi mengelakkan hubungan anda tidak mendapat restu dari orang tua anda.

Bukan hanya ibu bapa dan pasangan anda sahaja perlu lakukan persediaan, tetapi anda juga. Di mana persediaan sekiranya ibu bapa anda akan menegur pasangan anda nanti. Sebagai contoh, mengapa pilih dirinya sedangkan banyak lagi orang lain. Ayat ini selalu akan membuat anda terperangkap ye.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen