“Meraikan Diri Ketika Putus Cinta Tanda Kita Bersedia…” Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Setiap insan yang putus cinta, siapa sahaja yang mampu meraikan dengan senyuman, pasti ramai dikalangan kita akan tewas dengan titisan air mata. Insan yang benar-benar dapat melawan kesedihan dalam dirinya pasti seorang yang sangat cekal dan tabah menghadapi saat-saat putus cinta kerana kita baru sahaja kehilangan orang yang pernah kita sayangi dan cintai.

Kisah ini dapat kita hayati daripada perkongsian saudara ini, jom baca…

********

Saya pasti semua orang yang mengalami kisah hubungan terputus di tengah jalan bersetuju bahawa siapa yang mengalaminya perlu bangkit dari kekecewaan itu.

Tetapi bagaimana caranya itu bergantung pada apa pendapat kita terhadap bagaimana untuk menjalani hidup. Ada orang ingin terus melupakan dan tidak mahu mengetahui langsung tentang si dia. Ada orang ingin balas dendam atas perbuatan si dia.

Ada orang mahu terus ekori melalui media sosial si dia, menunggu untuk si dia itu mendapat ‘balasan setimpal’. Dan ada orang ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia lebih bahagia daripada si dia apabila telah ditinggalkan. Bermacam-macam ragam setiap orang, bergantung pada setiap insan.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” [Surah an-Nur: 26]

Allah telah menjanjikan kepada kita bahawa untuk mendapat pasangan yang kita idamkan, seperti berbudi pekerti baik, kita juga perlu menjadi seperti itu terlebih dahulu. Pasangan yang kita dapat itu mencerminkan peribadi kita juga. Sebab orang yang kita pilih itu adalah citarasa kita juga, bukannya pilihan orang lain.

Berdasarkan pemahaman ini, bagi orang yang telah dicurangi cinta dan dikhianati janji, mereka sepatutnya berasa lega dan aman kerana orang yang tidak setia terhadap kata-kata itu pergi meninggalkan mereka.

Bayangkan jika orang yang salah itu tetap menjadi suami atau isteri kita. Itu lebih parah daripada cinta yang terputus di tengah jalan.

Jika kita mengkaji bilangan perceraian di pejabat agama seluruh Malaysia, pasti kita akan terkejut dengan jumlah kes yang begitu tidak masuk akal. Beberapa tahun lalu muncul di surat khabar tentang jumlah kes cerai berdasarkan sebab yang tidak munasabah seperti pasangan masak tidak sedap dan pasangan tidak basuh baju.

Umum sedia maklum bahawa setiap perceraian itu tidak mudah dalam setiap keluarga. Kebanyakannya pasti akan berpecah belah keluarga dan mangsa yang paling terseksa ialah anak-anak. Ini kerana mereka dalam dilema untuk memilih ibu atau pun ayah.

Bagi yang tidak pernah hadapinya, kita mungkin rasa “apa susah, kan boleh jumpa sekali skala ibu atau ayah”. Saya lahir daripada keluarga yang berpisah dengan perceraian. Apa yang boleh saya katakan, perceraian itu tidak semudah yang kita sangkakan.

Namun saya tidak menulis untuk menceritakan kisah saya, sebaliknya sebagai muhasabah dalam cinta sebelum kita berumah tangga. Berbalik kepada isu di atas, apabila kita ingin berubah dan bangkit, perkara yang terlebih dahulu perlu dilakukan ialah meraikan lukisan takdir kita.

Perkataan ‘lukisan takdir’ ini mengingatkan saya kepada buku Bicara Iman Untuk Tenang tulisan Pahrol M. Juoi. Bagaimana seorang Muslim yang memilih untuk mendapatkan ketenangan hidup dengan menerima baik kejadian-kejadian dalam kehidupan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen