Apa Yang Anda Bakal Tempuhi Dalam 5 Tahun Pertama Dalam Perkahwinan? Jom Baca.

 

Orang tua selalu pesan, 5 tahun pertama dalam perkahwinan adalah tempoh yang benar-benar mencabar kerana kita akan sedar dengan sikap baru pasangan. Pasangan tidak berubah, cuma baru tunjuk true color sahaja. Dan jika pasangan mampu harungi 5 tahun pertama ini, Insya Allah tahun-tahun selepas itu akan menjadi mudah seperti perkongsian dari saudara ini…

********

Ujian 1 - Kenal mengenali antara satu sama lain.

Walaupun dah bercinta bertahun-tahun, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita  tak kan betul-betul kenal siapa pasangan kita yg sebenar...adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat2? Masa ni kita akan kenal...

Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita "berkahwin" jugak dengan keluarga pasangan, ibu bapa dia, adik beradik dia, sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dgn ibubapa pasangan, adik beradik pasangan, selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, Insya Allah, aman dan tenteram hidup, kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup, selagi pegang title menantu.

Ujian 2 - Kewangan.

Bab duit ni plak, ada banyak benda yang nak kena beli. Kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang-barang mentah dah sebagainya dimana masa bujang tak beli, taka da pun tak apa, tetapi selepas berkahwin, pasangan amat memerlukan semua peralatan atau perkara tersebut.

Ketika ini, pada saat ujian ini ramai sahaja pasangan yang gagal untuk mempertahankan hubungan dan sanggup berhutang semata-mata untuk melengkapkan barang rumah. Ada yang betul-betul serius sehingga mengeluarkan semua simpanan kerana mahu kelengkapan yang cukup.

Pasangan yang baru berkahwin, yang baru sahaja belanja banyak pada majlis tersebut pasti akan berasa sesak. Jadilah pengantin yang bijak ya! Oleh itu sentiasa berkongsi gaji dengan pasangan untuk membeli peralatan atau kelengkapan satu persatu. Beli satu persatu, jangan beli sekali gus. Jika tidak, merangkak juga anda perlu membayar semua benda, kecuali anda dan pasangan mempunyai wang tunai yang banyak.

Ujian 3 – Peraturan.

Kaum wanita sentiasa ada peraturannya sendiri sebagai contoh kalau nak makan satu tempat tu, makan satu tempat sahaja, jangan merata nanti susah untuk mengemas. Kemudian, sampah pula buang dalam tong sampah besar contohnya, jangan buang dalam tong sampah kecil. Baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut.

Kalau keluar malam pula, kena ikut curfew. Ketika ini kita boleh lihat suami mana yang masih boleh ikut peraturan, tetapi ada sahaja yang gagal lantas memberi beban pada si isteri.

Ujian 4 - Kesefahaman dan tolak ansur.

Paling penting adalah dengan ujian sebegini sebagai contoh suami isteri pulang kerja bersama dan tanya pada isteri, “Awak tak nak masak lagi ke? Saya lapar ni…” isteri mana sahaja yang tidak penat dengan sikap suami sebegini yang tidak pernah tengok keadaan isteri, situasi isteri. Daripada tanya sebegitu yang boleh mendatang kemarahan isteri, lebih baik si suami mencari alternative lain, seperti makan diluar atau tapau.

Kalau nak sangat makan dirumah, apa kata suami isteri masak bersama-sama. Bertolak ansur lah dengan isteri sebelum mahu membuat permintaan. Kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen