Antara Sebab Lelaki Zaman Sekarang Ramai Ditinggalkan.

 

Majoriti lelaki pada zaman sekarang ramai sahaja mengatakan mereka ditinggalkan disebabkan tidak berharta. Tiada kekayaan dan tidak mampu untuk menurut segala permintaan wanita tersebut. Jika dilihatkan situasi, bukan untuk menyalahkan wanita seratus peratus. Tetapi lelaki tersebut mahu mengorat wanita yang bukan pada standarnya sendiri. Boleh dikatakan tidak mengukur baju pada badan sendiri.

Zaman sekarang, zaman urban dan moden ini, kaum wanita ramai sahaja yang berkaliber dari segala aspek iaitu bekerjaya dan memiliki pendapatnya sendiri. Jadi, jika benar wanita zaman sekarang bekerjaya dan berpendapatan tinggi, apa lagi yang mereka masih mengharapkan dari seorang lelaki?

Ini kerana lelaki yang didampingi adalah seorang yang…

1. Terlalu mengikut arahan wanita.

Lelaki ini try hard untuk memahami hati dan perasaan wanita, akan tetapi caranya tidak betul sahaja. Bagi lelaki dengan memahami wanita adalah hanya mengikut arahan dari wanita sahaja. Menjadi lelaki yang baik adalah dengan menjadi pak turut sahaja. Bukan begitu, seorang lelaki perlu ada sikap dominan apabila bercinta, supaya wanita akan rasa mereka dipimpin dan dilindung.

Itulah sikap lelaki yang wanita cari, adalah seorang pemimpin.

2. Terlalu membosankan.

Lelaki ini terlalu biasa dan membosankan. Tidak berani mengambil risiko dan tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan spontan. Jika keluar dating, hanya keluar makan, tengok wayang dan dilakukan berulang kali sehingga berbulan-bulan. Aktiviti sebegini pasti sangat membosankan. Tidakkah anda rasa begitu? Jadi, bawa lah teman wanita atau isteri anda untuk lakukan aktiviti yang berlainan pula.

Sebagai contoh pergi melakukan sukan ekstrem, menaiki banana boat sekurang-kurangnya. Atau pergi theme park, pergi ke taman naik basikal, bersukan seperti bermain badminton. Dan seumpama dengannya.

3. Tiada cabaran.

Apabila terlalu mengikut arahan wanita dan terlalu membosankan, wanita mengandaikan lelaki ini tiada cabaran. Jika seorang lelaki adalah bukan penggemar mengambil risiko sudah pasti mereka tidak gemar dengan cabaran. Mereka mahu pada jalan yang selamat sahaja.

Sebagai contoh lihat sahaja situasi begini seperti pergi ke temuduga, majikan juga akan berasa bosan jika kesemua calon mempunyai jalan cerita atau jawapan yang sama sahaja, jawapan yang selamat. Jadilah seorang lelaki yang kreatif.

4. Tiada jawapan yang konkrit untuk setiap soalan.

Setiap daripada kita pasti tahu lumrah wanita suka bertanyakan soalan yang agak merepek atau soalan yang sudah ada jawapan yang jelas. Tetapi selagi jawapan yang diterimanya itu tidak memuaskan hati mereka seolah-olah tiada jawapan yang konkrit, hati wanita memang mudah menjadi tawar.

5. Terlalu mudah meminta maaf pada semua perkara.

Lelaki ini terlalu gemar mengungkapkan kata maaf untuk segala perkara yang dilakukan.

“Saya minta maaf sebab selalu sangat cakap minta maaf…”

Apabila terlalu kerap meminta maaf, kemudian lakukan kesalahan yang sama berulang kali, siapa sahaja yang tidak bosan. Jika anda benar seorang lelaki, katakana maaf, dan jangan ulangi kesilapan tersebut, tetapi berilah jawapan yang konkrit dan ada solusi untuk memperbaiki hubungan.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen