10 Tips Mencari Pasangan, Bagi Mereka Yang Masih Belum Bertemu Jodoh.

 

Bagi mereka yang masih lagi belum bertemu jodoh, pasti tercari-cari jodoh yang bagaimana menepati citarasa sendiri. Jika terlalu mengikuti citarasa, pasti ramai sahaja yang salah anggap dan pasti menggelar anda sebagai TERLALU MEMILIH atau CEREWET. Jika tidak memilih atau tercari-cari pula, digelarkan anda sebagai seorang yang tidak laku.

Namun, dalam memilih seseorang untuk dijadikan pasangan ini, anda perlu lihat 10 tips di bawah ini dan untuk memastikan anda tidak digelar cerewet…

1. Anda perlu tahu setiap manusia itu tidak sempurna.

Kerana yang sempurna adalah ALLAH SWT. Dalam memilih jodoh, kita terlalu memilih yang sempurna di mata. Jadi, jangan terlalu mengharap jodoh yang dipilih itu sempurna dari segi semua aspek. Terima kekurangan mereka, dan sama-sama perbaiki.

2. Anda perlu sentiasa mengenali si dia.

Bukan sahaja di awal perkenalan perlu tahu tentang latar belakang seseorang, bahkan apabila telah berkahwin juga peru sentiasa mengenali pasangan. Ini kerana manusia akan mengalami perubahan sikap yang kita tidak akan jangkakan setiap masa.

3. Anda perlu tahu bahawa si dia tidak boleh membaca fikiran.

Jangan terpengaruh dengan filem Hollywood bahawa manusia boleh membaca fikiran manusia yang lain. Tidak kira lelaki atau wanita, cubalah menjadi telus dalam komunikasi. Jangan berteka-teki dengan pasangan.

4. Anda perlu tahu duit adalah punca utama seseorang sukar untuk melamar atau berkahwin pada zaman sekarang.

Tidak kira waktu, masa dan apa jua golongan manusia sekalipun, masalah utama dalam hidup adalah duit. Siapa sahaja tiada masalah duit di dunia ini? Jadi, apabila berkenalan dengan seseorang yang mempunyai masalah kewangan, bukan tinggalkan tetapi sama-sama mencari solusi.

5. Anda perlu tahu setiap manusia perlukan sokongan.

Jadi, anda perlu tahu bahawa si dia memang memerlukan sokongan, dorongan, kata-kata semangat atau pujian. Oleh kerana itu setiap insan akan murung jika tidak meluahkan perasaan. Sama ada lelaki atau wanita, dua-dua pihak memerlukan sokongan antara satu sama lain. Dalam pemilihan jodoh, perlu persiapkan diri untuk sentiasa memberi sokongan, bukan tidak ambil peduli.

6. Anda perlu tahu pasangan adalah bermaksud SATU PASUKAN, bukan INDIVIDUAL.

Dalam berpasangan perlu belajar untuk membuat sesuatu perkara secara berpasukan. Seperti point nombor 5, oleh sebab itu manusia ini memerlukan sokongan antara satu sama lain. Jika pasukan yang tiada sokongan, bagaimana hubungan tersebut mahu berkekalan?

7. Anda perlu banyak bersabar semasa mengenali si dia.

Manusia ini banyak kerenah. Jadi, jangan mengharapkan semua manusia itu mempunyai sama sikap. Dengan perubahan sikap manusia ini, anda perlu banyak bersabar supaya di alam perkahwinan nanti, anda akan menjadi orang yang sabar menempuh dugaan.

8. Anda perlu tahu lelaki atau wanita itu ada egonya yang tersendiri.

Jadi, belajarlah dan didik diri dari sekarang untuk menjadi seorang yang pemaaf. Jika terbawa-bawa dengan sikap ego tersebut, siapa sahaja yang tahan dengan sikap anda sebegitu rupa? Pasti sukar untuk jodoh mendekati anda kelak.

9. Anda perlu banyakkan membaca untuk menimba ilmu.

Dalam memilih bakal suami/isteri, dugaan yang datang pasti tidak dapat dijangkakan. Sama ada dugaan kecil atau besar. Jadi, persiapkan diri untuk menimba segala ilmu supaya anda tahu selok belok sebelum menempuh alam perkahwinan.

10. Dan anda juga perlu tahu bahawa impian sebelum berkahwin yang belum tentu dapat dicapai.

Jika semasa dalam memilih jodoh, banyak perkara yang anda impikan untuk hidup bersama. Jangan ingat semua yang dirancang, akan dapat dicapai secara 100%. Jadi, didik diri untuk redha dengan ketentuan-Nya.

Selamat Mencuba!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen