Tahukah Anda Bahawa Lelaki Tidak Romantik Ini Sebenarnya Lelaki Idaman Ramai.

 

Bila cakap mengenai lelaki yang tidak romantik sahaja, pasti ramai wanita akan memandangnya sebelah mata. Mana tidaknya, ramai yang menyatakan bahawa lelaki romantik ini tidak mneyeronokan bahkan membosankan dan tidak tahu mengambil hati. Ramai wanita yang memandang rendah terhadap lelaki tidak romantik ini.

Tapi jangan anda tidak tahu bahawa lelaki yang tidak romantik ini sebenarnya adalah calon lelaki idaman anda. Banyak wanita yang kecewa terhadap lelaki romantik kerana mulut manis mereka bahkan kerana sifat romantik mereka itu menyebabkan mereka ini mudah beralih arah. Jadi mari ketahui mengapa lelaki yang tidak romantik ini lebih menjadi idaman wanita.



1. Kalian lebih bahagia walaupun hanya membuat perkara yang membosankan kerana si dia sentiasa ada bersama anda tidak kira dalam susah mahupun senang.

2. Perkara yang paling disukai adalah, anda boleh makan ikut keselesaan anda tanpa perlu mengawal keayuan anda.

3. Anda akan rasa lebih selesa dan tenang apabila melihat wajahnya yang tidak bersalah malah sentiasa jujur dengan anda.

4. Dirinya akan memuji anda apabila anda kelihatan lain daripada lain. Hal ini kerana dirinya menyedari perbezaan itu.

5. Dia akan meluahkan semua perkara yang dirasainya kepada anda kerana menganggap anda sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya.

6. Dirinya sentiasa membiarkan anda menjadi diri sendiri tanpa perlu ada kepura-puraan dalam hubungan kalian.



7. Si dia rajin memberi semangat kepada anda walaupun anda tidak memerlukannya.

8. Anda boleh bercakap apa sahaja kepada dirinya walaupun perkara yang memalukan.

9. Dia adalah orang yang menerima kelemahan dan kekurangan dalam diri anda.

10. Lebih mengutamakan pilihan anda kerana dia tahu itu membuat anda bahagia.

11. Sentiasa mengingati anda sehinggakan tidak lupa membelikan apa yang anda sukai.

12. Dia akan membuat anda ketawa dengan kelakuannya yang kadang kala begitu spontan.

13. Dia lebih suka menghabiskan harinya bersama anda berbanding melakukan perkara lain.

Biasanya lelaki tidak romantik ini lebih mudah menerima siapa kita kerana dirinya tahu bahawa dengan membiarkan anda menjadi diri sendiri itu adalah salah satu kebahagiaan. Bukan itu sahaja, dengan membiarkan dirinya menerima siapa anda itu membuatkan anda lebih selesa dalam perhubungan yang dijalinkan.

Mana tidaknya, jika lelaki romantik ini lebih kepada dia tunjukkan manis kepada anda dan mengharapkan satu perkara yang lebih untuk dirinya. Mana satu yang akan membuat anda lebih bahagia?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen