“Jaga Sikit Maruah Diri Sebagai Isteri Orang Dan Maruah Suami…” Ikuti Kisah Ini.

 

Media sosial ini kadang kala membantu kita menambah rakan bahkan mengeratkan hubungan. Namun begitu, ia juga boleh mendatangkan keburukan yang kerap kali disangkakan ia hanya sekadar suka-suka. Mana tidaknya, cara kita memuat naik gambar bahkan status di media sosial itulah yang membuatkan perbuatan kita itu tidak seharusnya dilakukan.

Sebagai seorang wanita, sudah pastillah kita sukakan pujian, tapi pujian dari sang suami adalah lebih elok berbanding mendapat pujian daripada orang luar. Mana tidaknya, si suami mungkin memuji kita dengan hati yang ikhlas tetapi orang luar mungkin memuji kita dengan niat yang sebaliknya. Berdasarkan perkara seperti ini, mari ikuti nukilan dari saudara Amir Syahir ini.



Kenapa ye perempuan suka upload gambar muka seketul kat media sosial ni? Yang isteri orang pun ada jugak yang perangai macam tu. Dah kahwin tapi masih nak tarik perhatian lelaki lain.

Ada tu isteri orang post gambar muka dengan senyuman manja. Dengan caption;

“Nak pergi pasar ni. Jom sapa nak ikut”.

Semakin banyak jumlah Like dia dapat, semakin gembiralah dia. Pastu banyak lah lelaki duk komen gambar dia tu;

“Jomm jommm saya teman. Cantiknyaaa dia. Ada wajah keibuan.”

“Wahh cantik dan comelnya awak. Jom si cantik kesayanganku.”

“Jom naik kereta saya lepastu kita pergi makan-makan.”

Ada perempuan suka dipuji. Dah kahwin pun tak berubah lagi perangai. Makin dipuji, makin kerap upload gambar.

Apa perasaan kau sebagai suami bila lelaki-lelaki di luar sana puji isteri kau macam tu? Selalunya orang cakap isteri yang suka up gambar-gambar macam tu mungkin sebab kekurangan kasih sayang seorang suami.

Dalam sehari ada la dua tiga keping upload gambar muka dia. Lebih power namampos up gambar baju ketat la. Baju sendat la. Pakai legging la. Tertonjol sana sini.

Ada juga suami yang upload gambar isteri yang tak tutup aurat masa bersama keluarga, mandi kat pantai, family day, atau bercuti kat mana-mana. Sedangkan kat luar isteri dia jenis bertudung. Tapi kena ingat, aurat tu bukan sekadar bertudung je ye.



Kalau kerja kau jual kosmetik ke, produk kecantikan, personal consultation tu lain la. Tapi janganlah over sangat sampai orang lelaki tengok tergoda.

***

Kalau ada bukan mahram komen macam tu, sepatutnya kau delete la gambar tu. Bukan patut gembira dapat pujian macam tu.


"Jaga sikit maruah diri sebagai isteri orang dan maruah suami."

 

Sebenarnya, tak perlu dah nak upload gambar yang boleh menarik perhatian bukan mahram ni. Suami sendiri dah ada. Suami kau mungkin tak tahu sebab dia takde ataupun tak layan laman sosial ni.

Kalau gatal sangat rasa nak ambil gambar senyuman menggoda kau tu, guna je telefon suami. Kalau suami kerja, send je la gambar tu kat dia. Biar dia je tengok. Tapayana upload dekat laman sosial.

Suami pula kena layankan jugak isteri macam tu. Sebab kau tak layan isteri la, isteri kau up gambar kat media sosial. Nak tarik perhatian orang ramai bagai.

***

Kalau nak update status nak pergi pasar malam, up la gambar dengan anak ke, gambar dengan suami ke. Takde kaitan pulak gambar muka dengan caption nak pergi pasar malam.

Yang belum isteri orang pun tak perlu kot nak up gambar muka seketul kat media sosial tu setiap hari. Rugi bakal suami nanti sebab semua kecantikan dah dilihat orang.

Kalau welfie dengan suami, dengan mak, dengan adik ke lain la sikit. Yelah, dah nak sangat up gambar muka tu kan, welfie lah beramai-ramai. Bukan muka mau seketul je kat situ.



Aku nasihat je. Kalau kau tak buat tapayana sentap. Kalau ada terbuat, bolehlah berubah. Manusia tak sempurna. Sama-sama kita saling beringat. Kah!

[ASY]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,598 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen