“Amalkan 'Magic Words' Dengan Pasangan Jika Ingin Rumah Tangga Yang Harmoni..” Ujar Lelaki Ini.

 

Setiap manusia inginkan, malah ketagih dengan kata-kata pujian dari orang lain. Seperti anak kecil yang sentiasa memerlukan kata-kata positif dan semangat dari ibu bapa supaya otak dan minda dapat berkembang dengan sihat. Bahkan pekerja juga perlukan kata-kata motivasi daripada majikan, inikan pula pasangan yang sedang bercinta. Pasangan yang bercinta, berkahwin atau bertunang, semuanya memerlukan kata-kata semangat atau 'magic words' seperti saudara ini kongsikan. Jom baca...

********

Penting atau tidak sebenarnya komunikasi verbal dengan pasangan ini?

Sepertimana pentingnya komunikasi non-verbal antara pasangan, seperti itu jugalah pentingnya komunikasi verbal dengan pasangan. Kerana pasangan kita tak ada "super power" untuk tahu apa isi hati kita yang sebenarnya.

Setiap pasangan pastinya memiliki magic words masing-masing. Lain pasangan, lain cara mereka. Tapi tujuannya tetap sama, untuk pastikan keharmonian rumah tangga.

1. Terima kasih sayang.

Ucapan terima kasih sebenarnya sebuah luahan penghargaan yang sangat diperlukan. Pasangan akan rasa lebih dihargai dan makin bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Apa salahnya, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih.

2. Maafkan abang sayang.

Meminta kemaafan pula ialah tanda kita hormat pasangan kita. Jika kita mahu dihormati pasangan, ianya tidak akan didapati melalui paksaan. Tapi kita perlu belajar untuk hormat pasangan kita terlebih dahulu. Ucapan maaf juga menunjukkan kesungguhan kita dalam menghargai kehidupan bersama pasangan.

3. Sayang boleh punya.

Kata-kata sokongan dan dorongan juga amat diperlukan dalam kehidupan bersama pasangan. Jangan pula kita mudah perlekeh pasangan walaupun untuk tujuan gurauan. Jangan bermain dengan perasaan. Kerana kita tak tahu sedalam mana batu yang dilontar ke lautan perasaan akan tengelam.

4. Jangan bersedih sayang.

Hidup bukan selalunya indah, langit tak selalu cerah. Ada masanya kita akan diuji dengan dugaan yang menduga tanpa dijemput. Pujukan bukan dari suami untuk isteri sahaja, bahkan suami yang gagah dan kuat pun boleh menangis di waktu-waktu tertentu. Masa ini kita kena pastikan kita orang yang pertama pujuk pasangan.

5. Tak elok buat macam itu sayang.

Dijadikan pasangan suami isteri itu untuk saling melengkapi. Nasihat yang ikhlas dari pasangan yang betul-betul mahukan yang terbaik buat pasangannya, pasti mampu menyentuh hati. Nasihat yang tulus ini mampu membentuk dan bawa perubahan untuk masing-masing menjadi lebih baik. Jangan pula ada wujudnya ego dan marah apabila menerima nasihat.

Siapa cakap seni komunikasi verbal ini tak penting?

Kerana ketahuilah, banyak keruntuhan rumah tangga juga berlaku kerana komunikasi antara pasangan yang gagal. Salah faham dan kemudiannya membawa kepada pergaduhan.

Semoga kita semua dapat jadi yang terbaik buat pasangan masing-masing.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen