Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Edarkan Kad Undangan Perkahwinan? Jom Baca.

 

Sekiranya anda adalah pasangan yang tergolong sudah menetapkan tarikh perkahwinan, dan dalam proses untuk menyediakan segalanya untuk majlis meraikan hari indah anda tersebut. Jangan terlalu leka sehingga tiada tarikh yang baik untuk ditetapkan dan diedarkan, khuatir akan terkurang atau terlebih.

Selain mengedarkan kad jemputan secara manual, perkara ini juga boleh dipraktikkan untuk yang menghantar melalui sosial media, iaitu facebook…

Rancanglah tarikh-tarikh tertentu seperti…

ENAM BULAN SEBELUM KAHWIN

Setahun hingga enam bulan sebelum tarikh resepsi adalah waktu paling tepat untuk kamu pergi menempah kad perkahwinan. Ini kerana syarikat yang mencetak kad kahwin biasanya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk siap mencetak kad kahwin yang berjumlah 300 hingga 500 keping.

Jadi, jangan asyik menangguh masa untuk menempah kad kahwin. Ini bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan pihak pencetak. Adalah menjadi tanggungjawab bakal pengantin juga menyemak kembali draft kad kahwin yang disedikan pihak pereka kad kahwin.

Pastikan setiap ejaan betul, struktur peta tepat serta tarikh dan masa tentatif tersusun secara sempurna. jika sudah terlanjur kad kamu dicetak dengan ejaan yang salah atau peta yang tidak tepat. Ini bakal memberi kerugian buat kamu kerana bukan murah kos menempah kad kahwin.

SEBULAN SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan rapat sebulan sebelum majlis pernikahan atau resepsi. Waktu ini paling sesuai untuk menghantar kad kahwin kepada saudara dan kenalan kamu yang berada di luar kota.

Contoh: Mereka yang tinggal di luar kota atau luar negara.

SEBULAN HINGGA DUA MINGGU SEBELUM MAJLIS

Mula edarkan kad kahwin kepada saudara-mara dan kenalan lain yang tinggal berhampiran kamu sebulan atau dua minggu sebelum kahwin.

Contoh: Kenalan di pejabat dll.

Jangan terlalu cepat memberi undangan kepada mereka kerana takut mereka terlupa tarikh resepsi kamu seterusnya tidak hadir nanti. Tempoh dua minggu sebelum majlis itu adalah paling sesuai dan sekurang-kurangnya mereka boleh merancang dan menyusun jadual mereka awal-awal.

Walaupun ramai bakal pengantin tidak mengambil berat tentang proses pembahagian undangan ini, ia sebenarnya penting agar majlis berjalan dengan lancar.

Selamat beramal! ❤

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen