"Jangan Terlalu Risau Sekiranya Masih Single, Nikmati Sahaja Zaman Bujangmu Itu" - Ikuti Perkongsian Ini.

 

Apabila bercakap tentang status yang masih lagi membujang, pastilah ia agak menakutkan bagi mereka yang sedang tercari-cari jodoh mereka ini. Semua orang melihat single itu adalah satu perkara yang teruk tanpa melihat satu kebaikan di dalamnya. Mana tidaknya, kehidupan bersama pasangan dikatakan lebih indah dan bahagia berbanding dengan kehidupan bersendirian ini.

Dalam sedar tidak sedar, kehidupan sebagai seorang yang single ini sebenarnya lebih membebaskan diri anda daripada melakukan perkara-perkara yang anda sukai. Pada ketika inilah anda seharusnya menikmati segala perkara yang anda ingin lakukan. Jadi jangan terlalu risau atau kecewa sekiranya anda masih single dan tidak menemui jodoh anda. Mari fahami perkongsian dari saudara ini.



Jangan risau kalau masih 'single'.

Jangan risau.

Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.

Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.

Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.



Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.

Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.

Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.


"Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna"


Jangan risau.

Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.

Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.

P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.

Syafiq Ridhwan
Dalam satu ada dua.
Dalam dua.
Ada kita.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen