Bakal Berkahwin? Jom Belajar Perkara Ini Dahulu.

 

Melayari alam perkahwinan tidak mudah kerana ianya suatu tuntuan ibadah. Bila dikatakan ianya suatu ibadah, maka perkahwinan itu bukanlah perkara main-main. Dan realitinya, setiap individu itu pasti berkeinginan untuk berkahwin dan mengharapkan rumahtangga yang berkekalan. Oleh itu, setiap individu harus mempersiapkan diri mengenai ilmu perkahwinan dan tanggugjawab sebagai suami atau isteri. Antara perkara yang harus bersedia dan pelajari adalah:

1. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Sedia maklum, melalui perkahwinan, manusia dapat memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram serta menghubungkan silaturrahim. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah sesuka hati. Masih perlu berlandaskan tatacara dan garis panduan melalui tuntutan Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Oleh itu, lengkapkan diri dengan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah sebelum berkahwin agar perkahwinan yang dibina kelak sejahtera.

2. Persediaan Fizikal.
Pasangan yang hendak berkahwin juga perlulah memilih calon yang sesuai dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin bagi mengelakkan berlakunya ketidaksefahaman dan perceraian. Ini termasuklah seperti menitikberatkan apakah keperibadian seseorang bakal pasangan kita itu menepati dengan kriteria yang kita suka dan senang dengannya.

Contohnya, seorang wanita menyukai lelaki yang disamping seorang yang bertanggungjawab, dia juga seorang yang kelakar, periang dan jenis lebih kurang. Oleh itu, adakah benar-benar lelaki itu seorang yang kelakar, periang dan lebih kurang? Andai tidak, lama kelamanan alam perkahwinan itu mungkin hambar kerana isteri mungkin menjadi stress dengan sikap suami yang amat mengambil serius dalam semua perkara.

3. Persediaan Mental.
Pengurusan stres dan konflik juga perlu dipelajari supaya memudahkan pasangan menjalani kehidupan lebih baik. Pasangan harus tahu bagaimana hendak mengawal keadaan terutama ketika tertekan agar tidak berlaku pengabaian tanggungjawab, penganiayaan, kecurangan serta perceraian. Oleh itu, ilmu pengurusan tekanan seperti mengenali punca-punca tekanan, mengenal pasti tahap tekanan, mengambil tindakan tertentu dan bantuan pakar (jika perlu) harus dipelajari dari awal lagi.

4. Ekonomi.
Ekonomi yang stabil dan simpanan yang cukup juga perlu dititikberatkan sebelum berkahwin supaya tidak berlaku masalah ekonomi. Setiap individu , terutama pasangan yang hendak berkahwin perlu mengetahui cara mengawal perbelanjaan keluarga agar tidak terjebak dengan masalah kewangan atau hutang-piutang. Apabila sudah berkahwin, suami isteri haruslah merancang pembelian serta mencatat perbelanjaan bulanan agar tidak berlakunya konflik kelak.

5. Sosial Diri.
Masa juga amat penting dalam kehidupan seharian, dengan itu, pasangan harus bijak mencari masa dan meluangkan bersama keluarga. Oleh itu, dari bujang lagi, belajarlah mengurus masa dengan baik.

Apabila kelima-lima perkara ini telah dipelajari, setiap individu itu pastinya telah bersedia untuk melayari alam rumahtangga dengan yakin dan mencuba sedaya upaya menunaikan tanggungjawab suami isteri masing-masing dengan baik. Ayuh! Jom kita persiapkan diri dengan 5 ilmu ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,536 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen