8 Tanda Anda Sedang Dilamun Cinta.

 

Ketika cinta boleh membuatkan diri anda menjadi tidak tentu arah, tidur tak lena, makan tak kenyang malah mandi pun tak basah, pasti cinta itu begitu indah. Cinta adalah satu perasaan yang diberi oleh Allah SWT untuk kita gunakan pada jalan yang betul, menurut Islam.

Dan secara lahiriahnya, cinta bukan sahaja pada pasangan yang bercinta sahaja, malah untuk semua perkara yang pada mulanya kita suka dan minat, lalu jatuh cinta.

Bagaimana untuk mengetahui jika anda benar-benar telah jatuh cinta pada seseorang, dimana si dia telah berjaya membuka pintu hati anda untuk menerima cintanya? Jom kita lihat…

1. Sentiasa tersenyum keseorangan walau dimana sahaja anda berada.

Apabila teringatkan si dia sahaja, pasti anda akan tersenyum tersipu-sipu. Anda tidak sedar akan kelakuan ini, tetapi orang disekeliling pasti dapat melihatnya. Macam orang gila pula.

2. Anda tidak pernah delete perbualan dengan si dia di whatsapp.

Untuk apa anda menyimpan perbualan yang sudah lama dengan si dia? Supaya anda dapat melepaskan kerinduan taktala anda dengan si dia berjauhan. Sayang nak delete.

3. Sentiasa membaca perbualan anda dengan si dia di whatsapp.

Sudahlah tidak pernah delete, memori data penuh hanya disebabkan perbualannya sahaja. Kemudian, jika kelapangan pasti anda membuka kembali perbualan yang lama-lama dahulu. Tidak pernah bosan.

4. Apabila berjumpa dengan dirinya, jantung anda berdegup dengan laju.

Di saat awal perkenalan dimana anda dengan si dia baru sahaja menjalinkan hubungan cinta, pasti anda menjadi seorang yang sangat gementar, tangan berpeluh-peluh, pipi kemerah-merahan malah jantung berdegup dengan laju, seperti mahu terkeluar jantung tersebut. Jangan bimbang, ia adalah perasaan yang normal pada setiap manusia. Boleh dikatakan badan anda menjadi seram sejuk.

5. Sentiasa memikirkan tentang si dia.

Minda anda tidak henti-henti teringatkan pada si dia. Oleh kerana itu, anda mudah untuk tersenyum sahaja apabila teringat padanya, kemudian asyik sangat membaca perbualan di whatsapp, malah mahu melihat gambarnya setiap hari. Di samping itu juga, anda tiba-tiba ligat bercerita mengenai si dia pada sahabat baik.

6. Tiba-tiba anda melihat si dia sangat sempurna.

Aneh tetapi benar. Itulah kuasa cinta. Pasangan yang sedang hangat bercinta, seolah-olah hidup di alam fantasi kerana semuanya indah dan sempurna pada awal percintaan. Sangat bahagia, dan seperti tiada masalah negara. Perkara ini akan memudaratkan sekiranya anda hanya menutup mata segala keburukan yang dilakukan, tanpa memikirkan kesan pada masa akan panjang.

Ingat, jika benar dia adalah jodoh anda, anda dengan si dia mampu menerima keburukan dan kelemahan seadanya dan sama-sama memperbaiki, bukan biarkan sehingga merosakkan hubungan.

7. Secara tiba-tiba juga anda menjadi stress dengan pasangan.

Dilamun cinta yang membuatkan anda menjadi tidak tentu arah akan memberi kesan tekanan pada diri anda. Ini kerana semakin banyak anda memikirkan tentang si dia, semakin tertekan anda sebenarnya. Yelah, dah 24 jam tidak henti asyik memikirkan tentang si dia, pasti minda anda penat tanpa anda sedar.

8. Secara tidak langsung anda menjadi seorang yang sangat positif.

Kuasa cinta juga akan membuatkan hari-hari anda lebih positif dan menyebabkan anda menjadi seorang yang ceria dan bersemangat. Pasti orang disekeliling anda akan berasa pelik melihat perubahan pada diri anda yang bertambah bahagia. Wajah anda juga seperti ada sinar yang terpancar.

Adakah anda sedang dilamun cinta?

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen