"Isteri Boleh Menuntut Hak Apabila Diceraikan Tanpa Sebab Munasabah..." – Ikuti Perkongsian Dari Peguam Syarie.

 

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang membahagiakan tapi pada masa yang sama ia penuh dengan cabaran dan dugaan di dalamnya. Apabila anda tidak kuat untuk hadapi cabaran tersebut, maka perkahwinan yang dibina itu pasti akan bergoyang juga dan akhirnya kebahagiaan di dalamnya akan hilang.

Dalam perkahwinan ini, suamilah yang dikatakan sebagai ketua serta lebih berkuasa. Hal ini kerana, talak dipegang oleh orang lelaki. Namun begitu, wanita ini masih lagi mempunyai pelindungan walaupun kadang kala ada yang dilepaskan tanpa kerelaan hati.

Mengikut perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co, seorang isteri boleh menuntut beberapa hak apabila mereka ini diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Mari ikuti perkongsiannya.



Jika diberi pilihan.. saya lebih suka menyelesaikan masalah kes harta pusaka berbanding masalah kes rumahtangga. Tapi sebagai seorang peguam syarie, saya tak dapat mengelak untuk berhadapan dengan kes-kes masalah rumahtangga tersebut. Jarang saya menulis tentang isu rumahtangga sebenarnya.. tapi kali ni saya nak kongsi 1 kisah..

Baru-baru ini saya didatangi seorang wanita yang baru diceraikan suaminya di luar mahkamah. Alasan diceraikan kerana si suami nak berkahwin lain dengan seorang janda beranak dua. Macam klise je alasan ni kan? Dah 14 tahun saya hadap kes-kes macam ni. Saya dah train hati supaya tak jadi hati tisu. Konon hati dah kebal. Tapi kes kali ini saya mengaku saya tewas..

Keluarga ini keluarga bahagia. Si isteri suri rumah sepenuh masa yang taat. Tugasnya mengurus rumahtangga termasuk menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah. Walaupun suri rumah dan sudah mempunyai 6 orang anak, rupa dan penampilannya masih kemas dan menarik. Si suami pula seorang lelaki bekerjaya yang berjaya. Seorang suami yang bertanggungjawab dan ayah yang penyayang kepada anak2nya. Keperluan keluarga dijaga dengan baik. Pendek kata semuanya nampak sempurna.

Sehinggalah si suami rupanya ada menjalinkan hubungan cinta dengan rakan di tempat kerja dalam diam. Mereka merancang untuk berkahwin. Si suami masih sayangkan isterinya. Tapi terpaksa menceraikan isterinya kerana janda tersebut tak mahu berpoligami walaupun isteri pertama sanggup bermadu. Maka tangisan si isteri yang setia dan anak2 tak mampu menghalang cinta baru si suami untuk diteruskan.



Ditemani anak sulungnya yang baru berusia awal belasan tahun dan 2 anak kecil, dia datang berjumpa saya untuk mengetahui apa hak2 yang dia boleh tuntut dalam keadaan dia diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Dia sedar tak guna nak meratap menangis sedangkan ada perut yang perlu di isi dan ada hidup yang perlu diteruskan. Saya kagum dengan semangat dan ketabahan dia. Bukan mudah menerima sesuatu yang tak terduga secara tiba-tiba dalam hidup.

Saya terangkan secara jelas apa haknya yang boleh dituntut dari segi nafkah iddah, tuntutan mut’ah, harta sepencarian, hak jagaan anak, nafkah anak dan lain-lain. Dia juga berhak jika nak mendakwa pihak ketiga sebagai punca hancurnya rumahtangga dia. Semuanya bergantung pada dia samada nak teruskan ataupun tidak. Anaknya yang sulung mendengar penuh tekun, sesekali dia membantu menerangkan kepada ibunya. Dia yang saya sifatkan sebagai tulang belakang yang menjadi penguat ibunya.

“Adik..walaupun ayah dan ibu adik dah tak ada apa-apa hubungan, hubungan adik sebagai anak-anak dengan ayah tetap ada sampai bila2. Jika berlaku apa2 pada ayah, adik dan adik2 semua ada bahagian faraid terhadap pusaka ayah. Anak2 tiri ayah tak berhak. Ingat tau” pesan saya. Dia mengangguk tanda faham. Nampak matang dari usianya.

“Acik, saya tak pernah tengok ibu dan ayah saya bergaduh. Tapi tak tau kenapa ayah saya tiba-tiba jadi macam tu..” sayunya dengar anak kecil meluah rasa. Tak terbalas nak menjawab..

“Sayang.. ibu buat semua ini bukan untuk menganiaya ayah. Tapi ibu nak bantu ayah jalankan tanggungjawab dia. Sekurangnya dengan cara ini kita masih boleh teruskan hidup kita macam biasa walau tanpa ayah di sisi.. ibu nak kamu dan adik-adik teruskan sekolah dan jadi orang berjaya nanti..” balas si ibu sambil mengusap lembut kepala anak sulungnya. Allahu.. tiba-tiba muka terasa panas. Tak tau nak sorok air mata kat mana..

Ujian hidup kita berbeza-beza.. tapi walau apa pun dugaan yang mendatang dalam hidup, kita kena bangkit semula dan cepat2 move on. Jangan pendam sorang dan cuba dapatkan bantuan. Realiti kehidupan.. memang pahit tapi itulah rencahnya.. mungkin Allah dah susunkan rancangan yang lebih baik untuk kita semua. Mohon doakan yang baik-baik je ye.. semoga urusan hidup mereka dan kita semua dipermudahkan.. aminnn

#kisahrumahtangga
#darifailRSC
#celiksyariah





Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,113 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen