“Mencelah Percakapan…” Antara Perkara Yang Tidak Disukai Lelaki Saat Berdating.

 

Apabila bertemu pasangan anda, apa yang anda rasakan teruja? Sudah semestinya bukan. Dalam pertemuan ini sudah pastilah kalian akan menggunakan komunikasi untuk menghilangkan suasana yang membosankan. Dan dalam keterujaan anda berkomunikasi itu sudah pasti anda akan melakukan beberapa perkara yang sebenarnya tidak disukai oleh kekasih anda.

Biasanya wanita ini akan melakukan perkara tersebut barulah memikirkan semula, adakah pasangannya itu menyukai perbuatannya atau tidak. Tapi ada juga yang sambil lewa menganggap bahawa perasaan pasangannya pada ketika itu tidak penting.



Berikut adalah 6 perkara yang tidak harus anda lakukan saat berdating:

1. Terlalu menunjuk.

Bercakap tentang apa yang anda miliki itu biasanya adalah perkara biasa. Tapi apabila bercakap mengenai perkara ini dan anda menunjuk-nunjuk akan kerjayaan itu pasti tidak disukai lelaki. Mana tidaknya, anda seolah-oleh merendahkannya dalam diam. Hal ini akan lebih jelas apabila pasangan anda tidak miliki perkara yang sama seperti anda.

2. Membalas sepatah-sepatah.

Apabila orang lelaki sahaja yang beria untuk memulakan topik perbulan tapi anda pula seolah-olah kurang minat dengan hanya membalas sepatah-patah dalam setiap pertanyaannya, sudah pastilah ia akan memotong mood lelaki tersebut. Mana tidaknya, anda seharusnya cuba membalas perbualan itu dengan baik, bukannya membalas seperti malas melayaninya.

3. Memotong perbualan.

Ini adalah paling tidak menyeronokan. Anda menyampuk ketika dirinya sedang berkata-kata. Itu adalah satu perbuatan yang tidak sopan. Jika anda lakukan ini, ia sekaligus membuat mood lelaki terus hilang minat terhadap anda.



4. Tidak fokus.

Apabila anda bersamanya, fokus perkara yang berkaitan dengannya. Jangan melakukan hal lain. Jika anda tidak fokus dalam pertemuan ini, pasti si dia tidak mahu meluangkan masa bersama anda lagi. Jika anda fokus, anda kelihatan perihatin dengannya.

5. Bercakap tentang masa lalu.

Perkara ini adalah satu perkara yang tidak patut dijadikan topik perbualan. Apa yang berlaku seharusnya biarlah berlalu. Jangan pula anda sengaja mengimbas kembali apa yang telah berlalu. Jangan sesekali jadikan perkara ini sebagai topik perbualan.

6. Mengejek dirinya.

Hendak mengejek dirinya ini boleh, jika anda dan dia sedang dalam kedaan saling bermanja. Tapi jika dia serius anda pula mengejeknya, pasti akan membuatkan hatinya panas. Jadi jangan sesekali lakukan perkara sebegini. Jika nak buat pun, lihat dahulu topik perbualan dan riak wajahnya dahulu.

Jaga kelakuan -kelakuan ini disaat anda bersama dengannya. Kadang kala anda terlalu teruja sehingga lupa untuk kawal perkara seperti ini. Jadi sentiasa beringat ye.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,411 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen