Jangan Korbankan 6 Perkara Ini Hanya Kerana Anda Terlalu Mencintai Dirinya.

 

Walaupun anda sanggup harungi lautan api demi kekasih hati anda, tapi itu tidak bermakna anda perlu korbankan segala-galanya demi si dia. Selagi dirinya belum menjadi suami atau isteri anda, terdapat banyak perkara yang lebih penting anda perlu jaga. Mana tidaknya, ramai pasangan yang terlalu hanyut dibuai badai asmara sehinggakan membuat keputusan yang tidak sepatutnya.

Itu belum lagi yang sanggup melakukan apa sahaja buat pasangan yang dicintai. Tidak cukup dengan itu, setiap kata pasangannya itu akan dituruti tanpa sedikit bantahan. Jika anda bukan suami atau isterinya, anda berhak ke atas kehidupan anda sendiri. Bukannya perlu memuaskan hati pasangan anda sahaja.



Sebelum anda tersilap langkah, adalah lebih baik sekiranya anda beringat akan 5 perkara yang tidak seharusnya anda korbankan buat kekasih hati anda.

1. Tujuan hidup.

Setiap orang mempunyai tujuan hidup dirinya sendiri yang mahu dicapainya. Apabila anda memiliki pasangan yang sentiasa menyokong cita-cita dan matlamat hidup anda, pastilah ia satu keseronokan dalam hubungan tersebut, namun jika sebaliknya. Sudah pastilah anda perlu melakukan satu pilihan, sama ada pasangan ataupun tujuan hidup anda. Jangan sesekali anda mengorbankan perkara yang anda mahukan hanya kerana seseorang yang belum pasti menjadi peneman hidup anda atau tidak.

2. Rakan-rakan dan keluarga.

Banyak orang akan mengorbankan rakan-rakan atau keluarga mereka apabila mereka ini sedang hangat bercinta dengan kekasih mereka. Tapi anda perlu tahu bahawa, sebelum anda mempunyai kekasih hati, rakan-rakan dan keluarga andalah yang menjadi peneman hidup anda. Bahkan segala kesusahan dan kesenangan anda kongsi bersama mereka. Tak akan hanya kerana anda sudah mempunyai kekasih anda sanggup melupakan mereka. Apabila kekasih anda tinggalkan anda, bagaimana nanti?

3. Kebebasan anda.

Selagi anda masih belum berstatus suami atau isteri, kebebasan hidup anda adalah milik anda. Di mana anda berhak untuk membuat keputusan hidup anda. Jangan sesekali membenarkan pasangan anda menghalang kebebasan hidup anda hanya kerana dirinya tidak menyukai apa yang anda lakukan. Bahkan, jangan hanya kerana anda terlalu sayang akan dirinya itu anda sanggup lupakan kebebasan hidup anda.



4. Minat anda.

Mencari pasangan yang menyukai minat sama seperti diri kita ini sudah pastilah agak sukar. Namun begitu, ia cukup memadai sekiranya pasangan kita itu adalah seseorang yang menyokong kita. Jika tidak, dia bukanlah seseorang yang sesuai untuk anda. Hubungan yang sebegini biasanya tidak akan bertahan lama.

5. Kebahagiaan anda.

Mana-mana hubungan yang bahagia adalah bermula dengan hati yang bahagia oleh kedua-dua orang yang terlibat. Bukan hanya anda atau dia sahaja yang merasai kebahagiaan itu. Jadi, jika dia adalah pasangan yang baik, sudah semestinya dirinya akan memberi kebahagian kepada diri anda. Bukannya memaksa anda mengorbankan kebahagiaan anda demi dirinya.

6. Maruah anda.

Maruah ini adalah satu hal yang sangat perlu dijaga. Kebanyakan pasangan bercinta sekarang ini sering kali lupa untuk menjaga maruah mereka kita sedang hangat dilamun cinta. Anda perlu ingat sekali maruah anda tercalar, pasti tidak akan dapat diperbaiki lagi. Jadi berfikir panjang terhadap sesuatu perkara, bukannya ikut rasa sayang sahaja.

Jangan pernah anda korbankan keenam-enam perkara ini, melainkan jika si dia itu adalah suami atau isteri anda. Sudah pasti anda korbankannya demi hubungan bersama. Tetapi jika hanya sebagai kekasih, anda tidak berbaloi mengorbankan enam perkara ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,251 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen