Bergurau Senda Boleh Mengeratkan Hubungan Pasangan. Jom Ikuti Tips Ini.

 

Setiap hubungan perlukan gurau senda dalam kehidupan. Bukan sahaja untuk hubungan sesama ahli keluarga, pada mereka yang sedang hangat bercinta, alam rumah tangga dan semasa menempuh tempoh pertunangan juga. Bergurau senda boleh membuatkan pasangan bergelak tawa bersama disamping mahu mengeratkan hubungan.

Walaupun dalam kehidupan Rasulullah SAW juga, baginda menitik beratkan untuk bergurau senda bersama isteri-isterinya supaya hubungan semakin merasai kasih sayang. Sunnah Nabi SAW ini harus diteladani oleh pasangan suami isteri terutamanya. Jangan la sudah berkahwin, terus kaku keras kerana sibuk dengan komitmen harian.

Jangan jadikan komitmen anda satu alasan untuk tidak bergurau senda bersama pasangan. Jika anda mampu menghadap telefon bimbit beberapa minit dan jam, masakan tiada masa pula untuk bergurau senda?

Bagaimana untuk bergurau senda bersama pasangan? Semasa bergurau senda juga anda perlu mengikuti beberapa adab, supaya tidak menyakiti hati pasangan…

1. Bergurau senda tentang masa silam anda dengan pasangan.

Jika anda dan pasangan berkenalan sebelum berkahwin lagi, tidak salah sekali-sekala untuk mengimbau kisah silam supaya masing-masing dapat mengetahui betapa dalamnya cinta antara anda berdua dahulu. Kongsikan cerita yang lucu ketika anda berkenalan dengan dirinya. Jika anda merasakan, cerita itu sudah dikongsi, fikir kembali bilakah hari terakhir anda berkongsi kisah tersebut? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Atau tahun lepas?

Kaum lelaki adalah insan yang kadang-kala mudah lupa tentang perkara silam ini, jadi sebagai isteri anda perlu saling ingat mengingati. Jangan tahu untuk merajuk sahaja.

2. Bergurau senda tentang perkara yang tidak sensitif.

Elakkan bergurau senda tentang perkara yang boleh menyentuh isu sensitif. Sama ada tentang agama, isu politik, kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ketika masa lalu atau tentang fizikal juga.

“Kenapa dulu awak kurus, sekarang dah gemuk…” anda mahu bergurau, tetapi tidak kena dengan cara pula terutamanya pada kaum wanita. Perkara ini amat sensitif bagi mereka. Walaupun kadang-kala mereka kelihatan tidak kisah sekiranya pasangan mengusik sebegitu, namun suatu hari nanti pasti mereka akan mengungkit. Jadi, hati-hati dengan wanita, kerana mereka senang mengingati kisah sebegini walaupun nampak kecil.

3. Bergurau senda yang tidak memudaratkan.

Janganlah lakukan sesuatu perkara yang pasangan tidak suka. Berkemungkinan bagi anda, anda mahu membuat gurauan nakal, sebagai contoh anda mahu menguji tahap cinta dan sayang pasangan tersebut, jadi anda pura-pura sakit dan pergi ke hospital. Perkara ini kadang-kala akan memudaratkan diri pasangan, dimana mereka akan berasa cemas, dan akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Yang paling penting jangan lakukan prank terhadap pasangan. Itu adalah salah satu kaedah yang sangat memudaratkan. Jika mereka melatah tanpa henti, dan secara tiba-tiba diserang sakit jantung macam mana? Ia adalah salah satu penyakit yang tidak boleh dibawa main.

4. Bergurau senda yang tidak melibatkan perceraian.

Dah berkahwin tetapi mengaku bujang. Ada juga yang mengorat orang lain kerana mahu test market. Perbuatan sebegini juga dilakukan kerana mahu melihat tahap cemburu pasangan. Allah SWT itu Maha Mengetahui segala-galanya. Setiap kata-kata, bisikan di dalam hati, atau fikiran anda, jika termaktub pada waktu itu, pasti akan termakbul. Jadi hati-hati dengan setiap butir-butir kata yang keluar dari hati, fikiran dan mulut anda, ya!

Selamat Bergurau Senda, Dan Hati-Hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,846 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen