“Salute Suami-Suami Ini, Sabar Layan Ragaman Si Isteri.” - Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

Siapa yang suka layan lagu Ragaman? Bukan nak cakap pasal lagu tapi nak cakap maksud disebalik lagu itu. Lagu ini menceritakan mengenai sikap wanita yang sukar difahami dan dibaca oleh orang lelaki. kebanyakan tindakan yang dilakukan itu semuanya diluar jangkaan orang lelaki.

Bukan nak cakap wanita ini memeningkan tapi, sikap semulajadi wanita ini yang macam-macam, hanya orang lelaki yang sabar sahaja boleh tahan. Mari kita baca sedikit ulasan dari Siti Suryani Yaakop mengenai perkara ini daripada salah seorang pengguna Facebook.



Bertabahlah ye kaum lelaki, wanita ini sememangnya mempunyai pelbagai ragaman.

Dah dengar lagu Ragaman?

Lagu baru Faizal Tahir.

Kiut kan lagu tu.

Comel je suami-suami layan kelakuan bini-bini.Sabar je banyak-banyak.
Dalam lagu tu kata...

~Kat rumah nak makan lain,sampai kedai order benda lain.

~Baru nak puasa dah minta langsir raya.

~Member tu nak tengok bola,dia ajak keluar.Dah bawa keluar,nak balik pulak.

Macam-macam!

Tapi sebenarnya..

Banyak lagi perangai ajaib geng-geng satu bas Kak Nis ni.Sebab geng kena kata gitu la.Kalau yang belah lagi satu tu,mesti dia kata,sakit di jiwa..😂



Contohnya :

1.Beli pinggan Arcopal.Bayar hutang lak tu.Tapi,kat rumah makan guna pinggan plastik.Yang Arcopal tu?Tak boleh.Takut pecah.Dah tu beli buat apa...haaaaa.

2.Baju dia dekat 18 almari.Asal dengar offer je,laju dia pergi.Tapi,bila nak keluar jalan,mesti bunyi.."takda baju la".

3.Kalau dia kentut,takpa.Itu untuk tujuan kesihatan.Tapi kalau suami yang kentut,dia marah.Katanya itu adalah pencemaran!

4.Kalau dia dah siap,orang belum siap,dia kata buang masa berharga dia kena tunggu.Kalau dia pulak yang dah 2 jam pun tak siap-siap,dia kata.. biasalah.Benda lawa lama nak siapkan.

5.Gosok tudung kaler biru.Dari malam dah gosok untuk nak pakai esok.Hari kejadian pakai tudung pink.Pulakkk...

6.Minta suami duit nak beli make up.Balik shopping,suami tanya mana make up nya.Dia selamba jawab takda.
Habis duit tu beli apa."Pensil kaler anak".

7.Kalau lapar,dia punya sawan tu bukan main-main.Pukul 2 pagi pun dia ajak makan.Order roti canai sampai 8 keping.Makannya tak habis sekeping pun.Yang baki sapa nak makan."Awaklah".Eh! gitu je.

8.Kalau orang salah letak barang,dia kata orang tak bertanggungjawab jaga barang sendiri.Kalau dia salah letak,dia kata.."Saya banyak benda nak fikir lah".

9.Suami balik lambat,dia marah.Suami balik awal dia tanya.."Eh,kenapa balik awal hari ni?".Pening member tu.Nak suruh balik awal ke tidak sebenarnya Timah oi...

10.Kalau dia minta urut,kena lebih 1 jam.Kalau suami minta urut,tangan dia tak kuat.Tak boleh lama-lama.2 minit je.

11.Bila merajuk,buat muka.Bila suami tanya kenapa,dia kata takda apa.Bila member tu biarkan,dia nangis pulak.Alahh Kassimm!

Yang paling dewa sekali yang ni...

12."Saya taknak makan.Mulai hari ni saya nak diet".Dari 8 tahun lepas sebut benda yang sama.Tapi,bila jumpa makanan...kemain bersaka.Semua nak!

Maaflah.Kita bukan sengaja.

Ni semua sebab hormon.

Kan?Kan?

Salute suami-suami ni.

Jiwa kental!

Korang yang mana?

Eleh,taknak ngaku la tuh!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen