5 Ciri-Ciri Wanita Yang Sukar Untuk Menemui Cinta.

 

Ada sebahagian dari kalangan kita agak sukar untuk menemui cinta, atau pun bertemu dengan jodoh. Mungkin ada sahaja yang tidak pernah bercinta, atau pun ada sahaja yang sudah terlalu lama putus cinta, dan tidak lagi ingin bercinta.

Sering tertanya-tanya kenapa diri anda sukar untuk menemui cinta, padahal rakan-rakan seperjuangan, kenalan malah sahabat semuanya mudah menemui cinta dan berumah tangga. Kenapa tidak diri anda yang mudah melalui proses tersebut?

Mungkin anda memiliki ciri-ciri seperti dibawah ini…

1. Terlalu sukar untuk meluahkan perasaan.

Wanita ini sememangnya sukar untuk meluahkan kata-kata cinta. Bukan sahaja rindu, bahkan suka dan sayang juga, hanya dipendamkan sahaja. Biarkan hati merana bersendirian, daripada merana kerana cinta ditolak. Wanita sebegini begitu bermati-matian dengan pendiriannya untuk meluahkan perasaan, kerana tidak suka terluka disebabkan cinta ditolak.

Disebabkan dengan sikapnya yang sebegini, lelaki memikirkan wanita ini hanya main tarik tali sahaja.

2. Terlalu cepat jatuh hati, kemudian ditinggalkan.

Wanita ini mempunyai perasaan yang terlalu cepat suka pada jejaka yang ada didepan matanya. Asalkan mata sepet, suka. Asalkan tinggi, suka. Asalkan penampilan seperti k-pop, suka juga. Tiada apa yang tidak dapat menarik perhatian wanita ini. Apabila terlalu cepat jatuh suka dan jatuh hati, hatinya juga mudah kecewa.

Disebabkan dengan sikapnya yang begini, sukar lelaki untuk menerima dirinya kerana takut dengan komitmen yang begitu cepat.

3. Terlalu menjadi pendengar setia.

Wanita ini hanya menjadi pendengar setia sahaja, dan jarang memberi pendapat, malah meluahkan perasaannya seperti point nombor satu diatas. Ramai sahaja insan yang suka akan dirinya untuk meluahkan perasaan kerana wanita ini pandai menyimpan rahsia. Kadang-kala menjadi terlalu misteri dan tidak mahu dikenali oleh orang ramai.

Disebabkan sikapnya yang sebegini, lelaki menjadi bosan kerana sukar untuk meluahkan perasaan dan pendapatnya sendiri. Lelaki juga perlu tahu sekiranya wanita tersebut suka, rindu atau sayang pada mereka.

4. Terlalu sukar untuk dijaga.

Wanita ini memiliki kehidupan yang merumitkan. Kadang-kala dirinya tidak kisah jika sanggup bersusah payah demi orang lain, supaya dia gembira melihat kebahagiaan orang tersebut. Dia juga hanya membuat halnya sendiri sahaja, dan tidak mahu orang lain untuk masuk campur dalam kehidupan peribadinya.

Ini yang membuatkan ramai lelaki sukar untuk mengetahui kehidupan sehariannya. Kerana kadang-kala lelaki mahukan wanita ini sentiasa berasa selamat. Tetapi wanita sentiasa menegaskan dirinya selamat dan tidak perlukan perlindungan.

5. Terlalu teratur.

Wanita sebegini juga kadang-kala sukar untuk menemui cinta dalam hidupnya. Dia mahukan hidupnya sentiasa organize dan tiada cacat cela pula. Setiap perkara yang dilakukan perlu ada perancangan, dan tidak suka pada keadaan yang spontan kerana terlalu berisiko.

Lelaki menganggapkan wanita sebegini seperti terlalu serius, dan tidak tahu untuk menceriakan keadaan.

Adakah anda seperti diatas?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen