“Anda Berkahwin Kerana Apa? Baiki Niat Sebelum Berkahwin.” Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

 

Apabila anda merasa cemburu melihat pasangan anda berkahwin, anda pasti ingin berkahwin juga bukan? Ingin menikmati rasa bahagia apabila hidup bersama pasangan. Ingin rasa bahagia ada orang menyediakan segalanya tidak pun ada pasangan untuk berlindung serta menluahkan rasa hati. Tapi cukup ke itu sahaja niat anda untuk berkahwin?

Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh anda buat main. Apabila anda merasakan ingin buat apa yang anda mahu, anda buat. Perkahwian ini satu hal yang serius, kerana ia melibatkan hati dan perasaan ramai pihak. Bukan hanya baka suami atau bakal isteri tetapi juga perasaan ahli keluarga mertua anda. Jadi mari kita baca sedikit perkongsian dari Amir Syahir ini.



Baiki Niat Sebelum Berkahwin

********************************

Kisah Satu:

"Ada seorang lelaki mula berkenalan dengan seorang perempuan. Lelaki tu cakap isteri dia telah meninggal dunia. Lelaki tu selalu telefon perempuan ni siang malam. Dia tunjuk gambar anak dia kat perempuan tu. Dia kata kesian anak dia takde orang nak jaga. Pastu perempuan tersebut tergerak hati nak siasat. Rupa-rupanya isteri dia ada lagi. Terus perempuan ni tak
layan lelaki ni."

Kisah Dua:

"Ada seorang lelaki. Dia kata dia bujang. Mula berkenalan dengan seorang perempuan. Siap bercuti di Pulau Tioman sekali. Bercinta sakan lah diorang ni. Rupa-rupanya lelaki ni dah kahwin. Isteri masih dalam pantang lahirkan anak sulung lelaki ni. Hancur barailah hati seorang isteri bila dapat tahu perkara yang sebenarnya."

***



Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang saling mencintai. Setiap insan pasti mengharapkan perkahwinan yang dibina bahagia dan kekal hingga ke Syurga.

Untuk mencipta dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga bukan semudah yang disangka. Ia memerlukan komitmen dan kerjasama antara suami dan isteri.

Daripada dua kisah ni, apa yang dapat kau katakan? Kenapa sudah berumah tangga tetapi masih mengaku bujang dan lebih teruk lagi kata isteri dah meninggal? Setan betul perangai macam ni.

Janji nak sehidup semati dulu hilang entah ke mana. Telah berlalu pergi ditiup sang angin mungkin. Janji dikhianati. Kau nak apa sebenarnya? Kenapa perkara macam ni boleh berlaku?
Kalau kau tak suka isteri kau dulu, kenapa kau kahwin dengan dia? Cuba renung balik apa tujuan kau kahwin sebenarnya.

***

Adakah kau kahwin kerana :

1. Sekadar nak ikut trend. Kawan-kawan dah kahwin. Jadi, kau pun kena kahwin juga. Tak fikir dah komitmen dan tanggungjawab dalam perkahwinan.

2. Nak halalkan hubungan dengan orang yang kau cintai masa tu. Nak seronok-seronok je. Tapi takde tanggungjawab. Habis madu sepah dibuang.

3. Kahwin kerana Allah. Untuk menambahkan umat Nabi Muhammad. Dalam perkahwinan ada banyak keberkatan. Ada banyak cara untuk meraih pahala.

***



Kalau tujuan kau berkahwin sebab point 1 dan 2, memang macam situasi di atas la jadinya. Kau fikir nak seronok kau je. Tak fikir hati dan perasaan orang lain. Kau ingat tak berdosa ke buat orang macamtu? Terutamanya buat isteri kau sendiri.

Kalau kau kahwin sebab point yang ke 3 baguslah. Itu yang sepatutnya. Jagalah perkahwinan yang dibina sebaik-baiknya. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Jangan anggap perkahwinan itu satu komitmen. Anggaplah ia sebagai satu tanggungjawab. Ini tidak, jaga anak lebih sikit mengungkit. Isteri lambat masak bising. Suami suruh masak masakan kegemaran dia terus rasa terbeban dan menyusahkan. Isteri minta tolong sidaikan kain sebab dia tak sempat kau nak marah-marah.

Lepastu kau lepaskan marah kepada anak yang tak tahu apa-apa. Rasa terbeban. Tak sempat nak enjoy dulu. Kau cuba tampar pipi sendiri. Tanya diri. Kau kahwin untuk apa? Untuk enjoy je ke?

Tepuk dada tanya iman. Kau je yang tahu tujuan kau berkahwin. Orang lain tak tahu. Kalau kau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah. Betulkan niat dulu. Barulah
Tuhan permudahkan urusan jodoh kau. Kah!

[ASY]
#AmirSyahir

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen