“Jangan Biarkan Isteri Jadi ‘Janda’, Anak Jadi ‘Yatim’ Disebabkan Telefon Bimbit..” Ujar Lelaki Ini.

 

Zaman sekarang apabila telefon semakin canggih, semakin dibiarkan pula insan disisi kita. Tidak berkomunikasi secara bertentangan mata, tidak melihat mulut apa yang bakal dibicarakan, malah ada yang buat-buat tidak dengar. Bila ditanya kembali, fikiran merewang entah ke mana. Apakah maksud isteri dan anak-anak? Sekadar patung?

Sekadar untuk melempiaskan nafsu?

Sekadar untuk melempiaskan amarah?

Jom ikuti perkongsian dari saudara ini, mengenai dengan isu ini…

********

Semuanya gara-gara si suami yang begitu asyik dengan game di smartphone. Aku ingat, sepatutnya aku dah tak perlu tulis tajuk-tajuk seperti ini kerana ini lebih kepada tarbiah individu.

Aku beranggapan bahawa mereka yang sudah berkeluarga sudah selesai dari aspek pembentukan individu muslim sebab itu mereka berani untuk melangkah kepada kehidupan baitul muslim.

Ternyata ianya masih jauh dari tanggapan. Aku sudah pernah ulas panjang lebar berkenaan game di smartphone dalam series buku-buku aku sebelum ini. Tapi kerana masih ada yang 'inbox' minta untuk aku tulis lagi sekali.

Kali ini dari sudut pandangan mereka yang sudah bergelar suami pula.

Main game tak salah, hiburan itu tak pernah salah. Kerana hiburan itu indah, tapi kalau salah memilihnya atau keterlaluan ianya tetap akan menjadi salah.

Sehingga urusan keluarga semuanya jadi tidak teratur. Anak-anak diberi smartphone, kerana si isteri tidak mampu mendiamkan anak. Ibu begitu sibuk menguruskan rumah tangga sendirian.

Ibu juga cuba untuk meminta tolong, namun tidak diendahkan sedikitpun. Anak makin meragam dan tantrum kerana tidak mendapat perhatian. Ibu yang penat tidak dapat mengawal emosi dan memarahi anak.

Anak akan dimarah, dipukul dan ditengking. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak! Ya anak!

Dimanakah silapnya?

Tarbiah individu memang tidak akan pernah berhenti. Apabila sudah berkeluarga, lagilah penting untuk tarbiah individu dipertingkat dan diperkemas. Agar batu binaan itu tidak retak dan tidak mengundang keruntuhan baitul muslim yang dibina.

Berhibur tak pernah salah, nak main game pun tiada salahnya. Tapi kita kena susun prioriti. Lihat keutamaan utama dimana. Jangan jandakan isteri dan yatimkan anak.

Sedangkan kita masih hidup!

Untuk isteri-isteri pula, jangan putus asa dalam nasihat, motivasi dan doa untuk suami berubah. Anak-anak berhak untuk dapat apa yang mereka perlukan, begitu juga dengan si isteri itu sendiri. Kita nak bahagia dunia dan akhirat sama-sama kan.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,182 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen