"Bantulah Isteri Untuk Menjadi Penyejuk Mata Suami." - Ikuti Kisah Ini.

 

Wanita ini emosinya mudah terjentik dengan pelbagai situasi yang dirinya hadapi. Sebab itulah dia mudah bertukar mood apabila satu keadaan itu berubah. Jadi sebab itulah bila isteri sibuk menguruskan rumah satu hari, dirinya akan jadi cepat marah. Mana tidaknya letih tidak hilang lagi dia sudah kena uruskan perkara lain.

Sebagai suami ini kenalah faham bahawa isteri anda ini mudah beremosinya, jadi cuba-cubalah untuk buat dirinya lebih tenang jadi emosinya akan lebih terkawal. Tak tahu bagaimana nak bantu, mari ikuti perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini.



Isteri Penyejuk Mata Suami

Cuba bayangkan jika puan-puan sentiasa tersenyum walaupun masa cuci berak anak, puan-puan masih boleh gelak ketawa bila anak tantrum/terjerit dan puan-puan rasa sangat lapang dan rileks walaupun rumah macam kapal pecah.

Indahkan?

Inilah yang berlaku pada isteri saya sejak seminggu lepas. Setiap hari tersenyum dan tergelak je kerjanya. Sehingga rakan sekerja gelar kak happy go lucky sebab kerja banyak macam mana pun dia masih tenang dan boleh gelak gelak.

Sejuk mata saya pandang dia. Bila isteri buat kerja dengan muka senyum suami pun rasa ringan tulang nak tolong. Tapi kalau lihat muka ketat masa buat kerja memang jangan haraplah nak menolong. Silap silap dari nak tolong boleh kena sembur pula nanti.

Ada masa jadi jeles juga sebab anak anak dah lebih rapat dengan isteri. Seperti ada magnet pula anak asyik melekat je, dulu tak macam ni. Dulu jarang anak nak menepek dengan isteri sebab dulu dia garang macam singa.



Sebenarnya dalam sebulan ini ada macam macam benda saya buat untuk isteri jadi lebih tenang dan terkawal emosinya.
Antaranya;

1. Isteri balik dari kerja saya tak akan terus serah anak pada dia, sebaliknya saya akan suruh dia mandi dahulu dan solat jika belum. Tujuannya supaya segala ketegangan dari tempat kerja mengalir keluar dari badan macan air yang jatuh ke lantai, barulah badannya kembali segar. Kalau serah anak terus ada kemungkinan besar anak pula akan meragam nanti. Lagi tak tenteram jadinya.

2. Saya ajar dia teknik '1-Minute Pause' untuk kawal emosi. Apabila timbul sahaja rasa nak marah pada anak dia kena berhenti dengan serta merta selama 1 minit, selepas 1 minit perasaan marah itu akan reda dengan sendiri. Selepas itu baru fikiran logik dominan. Mulanya dia kekok, ada juga terlepas termarah tapi dia tekun berlatih sehingga sekarang dah mahir. Itu yang anak tantrum pun dia boleh ketawa lagi.

3. Kemudian saya ada ajar teknik 'Muscle Contraction & Relaxation' untuk rileks kan otot serta tenangkan emosi. Hanya perlu fokus pada bahagian yang rasa tegang, kalau muka tegang kerutkan muka sekerut yang boleh selama 10 saat, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan. Ini jangan di buat depan orang nanti orang ingat sedang tahan kentut pula.

4. Jika nampak isteri rasa sedih / bimbang saya minta dia luahkan perasaan pada saya. Kebiasaannya dia sedih / bimbang akan kesihatan bayi bawah jagaannya, naluri seorang ibu kan tak kira anak orang lain pun dia rasa bimbang juga. Saya bantu dia menghilangkan emosi itu dengan picit jari dia mengikut jenis emosinya. Menurut teknik 'Jin Shin Jyutsu' kelima-lima jari kita mewakili emosi cemas, takut, marah, sedih dan harga diri.

5. Isteri saya jururawat, jadi pola tidurnya tak menentu dan sukar dapat tidur yang berkualiti. Tidur tak cukup akan ganggu bahagian otak 'Emotional Processing', itu punca dia selalu tak keruan dan mudah mengamuk. Dengan 'Power Nap' 20 minit je diperlukan untuk dapat tidur yang berkualiti. Sekarang bangun tidur muka berseri-seri. Nak tengok wajah isteri paling ayu dan cantik masa mereka bangun tidur lah..

Tak susah sebenarnya nak buat keluarga aman, bahagia dan tenteram. Hanya perlu kawal, kemudi dan pandai memanfaatkan emosi dalam diri sendiri. Emosi ni punca segala masalah rumahtangga.

Lagipun isteri ibarat jantung keluarga, dia lah pusat emosi berkumpul dan dia lah yang mengepam emosi ke seluruh anggota keluarga.

Sebab itulah, kalau tuan tuan nampak isteri sedih atau muka monyok cepat-cepat ceriakan mereka sebelum emosi tu terpam masuk dalam badan anak anak. Nanti satu rumah monyok.

Mohd Fhais

Anti Isteri Monyok. Silakan SHARE agar bermanfaat pada orang lain juga.



P/s : Kebanyakkan teknik yang saya ajar isteri tadi saya belajar dari eBook Formula Mudahnya Kawal Emosi. Banyak lagi teknik mahal dalam tu kalau nak belajar. Klik link di bawah jika nak tahu lebih lanjut, KLIK -> http://bit.ly/FMKEIA

Ada masalah/pertanyaan untuk buat pembelian boleh wasap saya ya.
-> wasap.my/60142943481/PMeBook

Psst.. kalau nak dapatkan banyak tips rumahtangga dan parenting boleh ambil dalam telegram saya, di bawah link telegram,
-> t.me/CoretanFhais

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,783 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen