5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jatuh Cinta Dengan Seorang Gadis Yang Baik Tetapi ‘Overthinking’.

 

Kaum wanita memang tidak lari dengan fikiran mereka yang sering ‘overthinking’. Terlalu memikirkan sesuatu sehingga diluar kotak. Malah seperti dapat melihat masa depan padahal andaian yang difikirkan hanyalah rekaan dalam mindanya sahaja. Siapa sahaja yang boleh mengandaikan perkara yang baik iaitu husnudzon kerana perasaan manusia ini mudah berbolak-balik.

Jika lewat sahaja pasangannya membalas whatsapp, mulalah mindanya me-reka cerita yang tidak sampai dek akal…

“Takutlah nanti awak kena culik…”

“Saya takut nanti ada accident…”

“Kalau tiba-tiba kereta awak rosak tengah jalan macam mana? Lepastu kena langgar..”

Pasti pasangan hanya menepuk dahi apabila cerita yang disampaikan seperti mahu sesuatu keburukan itu benar-benar terjadi dalam kehidupannya. Berfikirkan andaian yang buruk itu tidak salah, tetapi jangan terlalu mengikutkan perasaan kerana ia menandakan jiwa dan minda yang tidak sihat. Malah akan memberi kesan yang buruk dalam perhubungan kalian berdua.

Jadi, sebelum anda sebagai seorang lelaki mahu menyukai, menyayangi atau mencintai gadis yang baik tetapi terlalu membuat andaian buruk sendiri (overthinking), anda perlu tahu 8 perkara ini supaya anda lebih berjaga-jaga…

1. Gadis ini mempunyai kecelaruan diri yang sangat tinggi.

Gadis ini sentiasa tertanya-tanya, adakah anda benar-benar menyayangi dirinya atau tidak? Bagaimanakah cara anda mencintai dirinya? Jadi, sebagai lelaki anda perlu berusaha lebih untuk menunjukkan anda benar-benar mahukan dirinya supaya gadis ini tidak fikir bukan-bukan lagi.

2. Gadis ini sangat menghargai usaha anda.

Jika diperhatikan gadis overthinking ini, mereka hanya menghargai sekiranya orang disekelilingnya menghargai dia juga. Mereka benar-benar menghargai usaha anda untuk mendekati dirinya, mencintai dirinya dan tidak akan sia-siakan usaha anda tersebut. Kerana bagi mereka usaha sebegitu bukanlah sia-sia, tetapi menunjukkan tanda sayang.

3. Gadis ini amat mementingkan kehadiran anda.

Kewujudan anda sebagai kekasihnya adalah satu perkara yang amat mereka hargai. Mereka tidak dilihat sebagai seorang gadis yang mementingkan duniawi, atau seorang yang materialistic, tetapi kehadiran anda lebih penting dari segala-galanya. Dengan kata mudah, mereka amat menghargai diri anda dari kebendaan.

4. Gadis ini tidak akan menerima hubungan cinta yang sia-sia.

Siapa sahaja yang suka dengan hubungan yang sia-sia, kan? Sudahlah sia-sia, bahkan membuang masa memberi cinta pada orang yang tidak layak. Sekiranya gadis ini tahu anda mempermainkan perasaannya, pasti dia terus meninggalkan anda tanpa was-was dan tanpa amaran. Jika tidak dapat dihubungi terus, bye-bye.

5. Gadis ini sangat mencabar jiwa lelaki.

Oleh kerana gadis ini sentiasa overthinking dan terlalu menganalisis sesuatu perkara terutamanya lelaki yang mendekati dengan dirinya, lelaki akan merasakan dirinya tercabar. Ini terjadi kerana lelaki tersebut mahu menunjukkan rasa suka, cinta dan sayang, tetapi gadis ini masih ragu-ragu dan mengandaikan sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Betul ke awak sayangkan saya? Macam mana nanti kalau awak berubah hati?”

“Macam mana nanti kalau awak curang?”

“Macam mana nanti, kalau awak dah tak ada? Saya tinggal sorang-sorang?”

Hanya lelaki yang tabah dan bertuah sahaja dapat mendampingi gadis sebegini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen