“Doakan Yang Baik-Baik…” Antara Jawapan Yang Anda Boleh Beri Sekiranya Disoal Tentang Kahwin.

 

Pada mereka yang bujang dan masih dalam pencarian untuk bertemu dengan jodoh, pasti sering disoal tentang perkahwinan kan?

“Bila nak kahwin ni?”

“Cepat-cepatlah kahwin, nanti mak ayah dah tua tak sempat nak tengok kau kahwin…”

Lebih menyakitkan hati...

“Tak laku ke?”

“Memilih sangat ke?”

“Kenapa pula tak ada boyfriend..”

Dan bermacam-macam soalan yang timbul selepas itu. Sebagai insan yang masih single, tetapi masih belum mahu memikirkan tentang perkahwinan ini, jom lihat antara jawapan positif yang anda boleh berikan pada netizen-netizen atau masyarakat yang terlalu ambil berat tentang anda ini.

1. “Doakan yang baik-baik…”

Janganlah memberi jawapan dengan “Jodoh masih sesat…”, “Jodoh jauh di seberang lautan…”, “Jodoh masih bayi lagi, belum habis belajar…”…

Jika benar jodoh anda betul sesat, macam mana? Andartu lah anda sampai ke tua, khususnya pada perempuan dimana apabila ditanya tidak kisah tentang jodoh. Tetapi di sosial media, sibuk pula meroyan seperti tidak redha. Minta orang doa kan yang baik-baik, jadi anda pun perlulah menjadi orang yang baik.

2. “Nak bermanja dengan mak ayah lagi…”

Ada sahaja dikalangan kita tidak lagi berpuas dengan ibu bapanya sendiri. Malah sudah memiliki pekerjaan tetap pun, masih menetap dengan ibu bapa. Lebih jimat dan selamat. Anda ternyata orang yang sangat clingy dengan ibu bapa, pasti anda akan menjadi orang clingy dengan bakal isteri/suami kelak.

3. “Tak puas nak bergaduh dengan adik-beradik…”

Pada mereka yang mempunyai adik –beradik yang ramai, pasti meriah keluarga anda sekiranya dapat berkumpul satu keluarga. Kadang-kala jodoh bukanlah satu priority untuk anda ketika ini, kerana hanya adik-beradik yang memahami.

4. “Duit tak cukup lagi nak kahwin…”

Jawapan tipikal yang sering kita dengar. Dengan kos perkahwinan yang semakin meningkat, pasti kita was-was untuk menceritakan tentang pernikahan, malah perkahwinan.

5. “Tunggu adik-adik habis belajar dulu…”

Khusus pada mereka yang anak sulung, pasti mahu melihat adik-adik berjaya dahulu. Situasi ini terjadi sekiranya, anda yang menanggung ibu bapa dan adik-beradik. Jasa anda pasti tidak ternilai harganya.

6. “Kahwin ni dugaannya besar…”

Ramai sahaja yang takut untuk berkahwin apabila mendapati dugaan perkahwinan ini macam mana. Oleh kerana itu, anda perlu yakin dengan Allah SWT. Yang baik itu datang pasti datang dari-Nya.

7. “Insya Allah tahun depan…”

Jika bukan tahun depan, tahun depan lagi. Eh tahun depan lagilah. Tahun  depan lagi.

8. “Eh, dah nak dekat lah ni…”

Siapa sangka silent relationship anda berjaya sehingga ramai tertanya-tanya, benarkah anda masih belum bertemu jodoh. Padahal, anda mahu mengekalkan perhubungan secara diam-diam. Anda khuatir sekiranya terlalu menghebahkan cerita mengenai anda dengan si dia, nanti tak jadi, malu pula.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen