Keliru Dengan Sikap Lelaki, Ini 7 Maksud Di Sebalik Bahasa Tubuh Mereka.

 

Kadang-kadang perempuan sendiri tak faham apa yang sebenar lelaki fikirkan ketika bersama mereka. Susah nak faham isi hati lelaki ni sebab kadang ok, kadang pula tiba-tiba macam tak ok.

Namun, dalam kekeliruan yang biasanya dialami wanita tentang sikap sebenar lelaki, terdapat beberapa tingkah laku mereka yang boleh anda tafsirkan secara kasar. Kata orang, setiap perbuatan kita mencerminkan keperibadian.

Jom kita tengok sebenarnya apa yang lelaki fikirkan di sebalik bahasa tubuh yang mereka berikan.



1. Merenung Tajam.

Pernah atau tidak anda berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu anda tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki yang berkelakuan seperti ini.

2. Rapatkan Badan.

Sebenarnya apabila lelaki mula merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi hati-hati girls.

3. Tangan & Badan Asyik Bergerak.

Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada anda dan sebagai bukti kesungguhan mereka.



4. Angguk Kepala.

Kebiasaannya, seorang yang mengangguk kepala bermakna faham mahupun jelas, tetapi apabila jejaka asyik menganggukkan kepalanya semasa berbual, itu melambangkan mereka seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa memikirkan anda dalam fikiran mereka.

5. Gemar Berdiri.

Kalau anda duduk ketika bercakap, manakala si dia pula berdiri, lelaki jenis ini sebenarnya seorang yang gemar mempengaruhi dan mengongkong kehidupan anda. Mereka juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang suka mempergunakan anda khususnya untuk kepentingannya sendiri.

6. Sensitif Jarak.

Pernah atau tidak anda berjumpa dengan lelaki yang tidak keruan ini di mana kalau kamu berdiri mahupun duduk, si dia akan mengehadkan jarak tertentu agar tidak terlalu rapat? Lelaki seperti ini bukanlah mahu menjauhkan diri dengan anda tetapi mereka lebih mementingkan keselesaan tika bermesra. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan.

7. Tiru Lagak.

Jejaka yang gemar meniru lagak mahupun gaya orang lain ini dikatakan seorang yang mudah terpengaruh dan dikatakan seorang yang mudah untuk dibawa berbincang serta sentiasa positif dalam kehidupannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen