10 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Jika Rindu Pada Pasangan.

 

Perasaan rindu itu pasti ada dalam jiwa setiap insan kerana ia adalah anugerah dari Allah SWT. Pasangan yang sedang bercinta juga pasti akan merasai perasaan rindu tersebut, termasuklah pada mereka yang telah berkahwin atau dalam tempoh pertunangan. Perasaan itu tidak dapat disangkalkan lagi, kerana ia kadang-kala datang tanpa diizin atau dijemput.

Jika tidak diluahkan perasaan rindu tersebut, pasti hati berasa pedih dan tidak tenteram. Jadi, sekiranya anda sedang merindui seseorang, terus sahaja melakukan seperti perkara dibawah…

1. Menghubungi pasangan.

Dengan teknologi zaman kini, anda boleh sahaja menghubungi pasangan tanpa batasan. Melalui pelbagai aplikasi sahaja, anda boleh menghubungi pasangan tidak kira masa, waktu dan tempat. Seperti whatsapp, wechat, instagram, twitter, skype dan seumpama dengannya. Kemudahan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sendiri juga dapat merapatkan mana yang berjauhan.

Hubungi sahaja pasangan jika rindu.

2. Menulis surat cinta.

Jika malu bersua muka, apatah lagi malu untuk memperdengarkan suara yang lunak merdu, tulis sahaja surat cinta. Pasti zaman sekarang, tidak ramai mahu menulis surat cinta kerana ia diibaratkan ketinggalan zaman. Surat cinta adalah sangat klasik, dan jika pasangan ikhlas menerimanya pasti akan menyimpan di dalam dompet atau wallet. Teringat nostalgia zaman dahulu kala.

3. Menatap wajah atau gambar.

Jika pada zaman dahulu, masyarakat tidak memiliki sosial media untuk mudah melihat gambar pasangan yang dipaparkan. Hanya gambar passport yang diselit di dalam buku, mahupun di beg duit tangan masing-masing. Kini, semuanya mudah. Gambar boleh disimpan di dalam telefon bimbit supaya anda boleh melihat wajah yang tersayang.

4. Meluangkan masa bersama pasangan.

Jika terlalu rindu, luangkan lah masa bersama pasangan. Jangan terlalu menurut sangat ego dalam diri dimana pasangan tidak menyuarakan pendapat untuk tidak berjumpa, anda pun tidak mahu berjumpa. Jika rindu terus sahaja berjumpa.

5. Menulis semua tentang kebaikan pasangan.

Apabila pasangan berjauhan, tuliskan semua kenangan dan kebaikan yang telah dilakukan oleh pasangan. Jika anda boleh menulis semua kebaikan tersebut, pasti anda akan tersenyum tersipu-sipu mengingat kembali kebaikan tersebut. Perasaan cinta juga semakin mekar.

6. Melukis wajahnya.

Jika anda adalah seorang yang kreatif, lukislah wajahnya. Kemudian dibingkaikan dan boleh beri pasangan sebagai hadiah.

7. Mendengar muzik berkenaan dengan dirinya atau tentang kalian berdua.

Perkara ini bukan sahaja hanya dilakukan oleh insan yang terluka, dimana hanya mendengar lagu-lagu sedih sahaja. Jika anda merindui seseorang dengarlah lagu yang berkaitan dengan anda berdua, pasti terubat rindu.

8. Membuat hadiah.

Seperti point nombor 6, sekiranya anda seorang yang kreatif, tunjuk sahaja bakal anda untuk membuat atau mencipta sesuatu yang baru untuk pasangan. Bukan sahaja dapat mengubat rindu anda, dapat berjimat dan memberi manfaat pada pasangan.

9. Termenung.

Kebiasaannya jika seseorang merindui pasangannya, pasti mereka akan termenung. Teringat akan wajahnya, suara dan segala kenangan.

10. Berdoa.

Akhir sekali titiplah nama pasangan dalam doa setiap solat. Jika anda masih belum berkahwin dan dalam perancangan, sematkan lah namanya agar hubungan ke jinjang pelamin. Jika sudah berkahwin, sematkan juga namanya agar jodoh berkekalan dengan izinnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,035 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen