11 'Hint' Lelaki Jatuh Cinta Pada Kamu.

 

Siapa tahu apa makna cinta? Pasti ramai tahu dan pernah alami apa itu cinta. Jika ditanyakan kepada orang ramai apa itu cinta, akan terdapat pelbagai jawapan dan kesemuanya adalah benar. Cinta itu sangat unik dan aneh. Adakalanya kamu suka akan seseorang tetapi si dia tidak menyukai kamu, dan pabila si dia menyukai kamu ketika itu, kamu pula tidak menyukainya. Mungkin kamu berasa was-was untuk menerima si dia sebagai orang yang kamu sayang. Mungkin kamu takut untuk dikecewakan dan membuatkan kamu menjual mahal kepada si dia. Ingat wahai gadis sekalian! Jangan sesekali jual mahal kerana kamu akan rugi suatu hari nanti. Mungkin si dia adalah seseorang yang kamu idam dan nantikan. Jom kita tengok bagaimana nak tahu si dia telah jatuh cinta kepada kamu.



1. Mula menegur.

Si dia sering menegur kamu setiap kali terserempak di mana-mana sahaja. Itulah cubaan untuk si dia mengenali diri seseorang gadis yang diminatinya. Namun, janganlah sesekali berkasar atau jawab endah tak endah apabila si dia bertanya dengan lembut kerana itu adalah usahanya untuk mendekati kamu.

2. Mahu sentiasa dekat.

Bila hati sudah ada rasa sayang, si dia akan cuba mendekati kamu malah ada yang berani mengekori kamu kemana sahaja kamu pergi. Janganlah berasa pelik jika si dia mendekati kamu secara diam. Namun pada masa yang sama kamu juga harus berwaspada kerana kamu tidak tahu niat si dia lagi ketika itu.



3. Mengajak keluar.

Ini adalah langkah seterusnya apabila si dia meminati kamu. Si dia akan mula mengajak kamu keluar makan atau minum bersama untuk dikongsikan cerita. Untuk keselamatan dan elak daripada perkara tidak diingini, jika si dia mengajak kamu keluar, ambil la tempat yang mempunyai ramai orang dan jangan sesekali terima atau mengikutnya pulang ke rumah.

4. Berkongsi Perasaan.

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka ingin dedahkan dan kepada siapa mahu dikongsi. Jika si dia memilih kamu menjadi tempat si dia meluahkan perasaan maknanya si dia mempercayai kamu dan mempunyai tempat yang istimewa di dalam hatinya.

5. Selalu menghubungi kamu.

Ini adalah taktik biasa untuk si dia menambat hati kamu atau wanita. Si dia akan berusaha untuk mendapatkan nombor telefon kamu dengan tujuan mahu berbual dengan kamu. Sebenarnya tiada perkara yang penting pun tetapi oleh disebabkan si dia sudah merasa rindu dan mahu mendengar suara kamu, si dia akan menelefonmu dengan kerap.



6. Panik.

Si dia akan menjadi seorang yang sangat 'care' dengan kamu. Jika kamu terluka secara fizikal atau mental, si dia akan menjadi orang yang pertama akan risau tentang keadaanmu. Si dia juga akan melakukan apa sahaja untuk mengubat dan menutupi luka kamu itu.

7. Kerap menghantar mesej.

Walaupun sesibuk mana si dia, jika kamu memerlukan seseorang atau kamu menghantar mesej kepada si dia untuk meminta bantuan, si dia akan mencari ruang untuk kamu. Baginya diri kamu adalah penting untuknya. Jika kamu terlupa sesuatu seperti sedang ber-WhatApps dan kamu tertidur, si dia akan mengucap mesej selamat malam untuk menunjukkan kamu itu sentiasa berada di fikirannya.

8. Faham isi hati kamu.

Jika si dia menyukai atau menyayangi kamu, si dia akan tahu apa yang kamu sedang fikirkan. Si dia juga tahu apabila kamu sedang marah, gembira atau apa sahaja perasaan kamu sedang lalui ketika itu. Jika kamu memerlukan seseorang untuk dikongsikan, si dia sentiasa ada untuk kamu dan menjadi pendengar yang terbaik ketika itu.



9. Protective.

Si dia akan mula risau dan bimbang tentang keselamatan kamu dan prihatin tentang siapa yang berada di sekililing kamu ketika itu. Ini merupakan tanda si dia mengambil berat kepada kamu lebih daripada kamu fikirkan.

10. Cemburu.

Ini adalah tanda-tanda yang normal apabila seseorang itu sudah menyayangi dan suka akan kamu. Si dia akan mudah cemburu apabila kamu banyak habiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu jika ada lelaki lain mendekati kamu.

11. Layanan istimewa.

Jika si dia memberi layanan istimewa seperti membelikan kamu hadiah, membawa kamu ke tempat mahal dan kerap memberi kamu sesuatu, itu tandanya si dia telah meletakkan kamu di dalam hatinya dan di situ kedudukan kamu terlalu istimewa buatnya. Ketika itu kamu akan rasa kamu di layan seperti puteri raja. Si dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk kamu untuk melihat kamu gembira bersama dengan si dia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,971 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen