8 Petunjuk Si Dia Mungkin Bukan Jodoh Bagi Anda.

 

Dalam kehidupan kadang-kala Allah SWT telah memberi jawapan yang singkat untuk anda mengetahui jika seseorang tersebut bukanlah jodoh anda. Mungkin tidak perlu melalui solat istikharah dimana anda sedang dilemma, tetapi hanya dengan perbuatan anda mahupun si dia juga sudah menunjukkan bahawa dia bukan lah jodoh yang tepat bagi anda…

Jom ketahuinya…

1. Si dia hanya menerima dan tidak memberi.

Jika hanya anda sahaja yang terlalu banyak memberi tidak kira apa jua perkara atau dalam apa jua situasi, dan si dia seperti anak burung sahaja tunggu disuap, apakah maksud hubungan kalian? Sebagai contoh, anda lah yang hanya memberi kesenangan seperti makan, rumah, kereta, duit minyak, duit belanja, dan seumpama dengannya. Hubungan ini tidak seimbang dan bukan saling melengkapi.

2. Minda selalu penat dengan hubungan tersebut.

Mental dan fizikal anda terlalu pernat apabila berdampingan dengan dirinya. Tidak pernah berasa tenang, senang, nyaman dan aman damai. Seperti sering bergaduh sehingga memudaratkan fizikal contohnya dipukul, ditampar dan seumpama dengannya.

3. Tidak ada rasa percaya.

Anda tidak pernah percaya akan dirinya. Segala tindak tanduk yang dilakukan olehnya sering menjadi keraguan di dalam hati anda. Hati anda sentiasa berada dalam keadaan was-was. Jika ini yang terjadi, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku. Jika anda menerima petunjuk sebegini, berdoa pada Allah SWT minta dijauhkan dengan perkara yang buruk dan tidak diingini.

Sekiranya si dia semakin menjauh, itu adalah petanda si dia memang bukan jodoh anda.

4. Rasa tidak selesa atau tidak suka kepada diri sendiri.

Bukan sahaja si dia yang tidak dapat menerima diri anda seadanya, ia juga menjurus untuk anda berasa tidak selesa dengan diri sendiri. Perbuatan ini akan mengakibatkan anda membenci diri anda sendiri, dan tidak mampu untuk memperbaiki lagi. Anda diselubungi dengan perasaan yang negatif, dimana sekiranya si dia adalah jodoh anda, hanya positif yang anda akan terima.

5. Komunikasi tidak berjalan dengan baik.

Setiap pasangan pasti akan mempunyai pendapat yang berbeza. Dengan situasi begini untuk menunjukkan anda dengan pasangan dapat berkomunikasi dan bertukar pendapat dengan rela hatinya. Sekiranya sering bercanggah pendapat dan hanya memendam rasa sehingga komunikasi tidak berjalan dengan lancar, pasti si dia tidak suka dengan pendapat anda.

6. Anda terjerumus ke dalam rutin yang tidak sihat.

Si dia juga membuatkan diri anda terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Malah mengubah anda menjadi seorang insan yang tidak baik seperti sebelumnya. Seperti pergi ke kelab malam, tidak menjaga aurat, tidak menjaga batas pergaulan, tidak lagi solat, tidak mengaji dan sebagainya.

7. Anda dikongkong kerana perasaan cemburu yang berlebihan.

Si dia amat cemburu dengan kehidupan anda, bukan lagi cemburu apabila melihat anda bergaul dengan jantina yang berbeza. Kemana sahaja anda pergi pasti dikawal, dengan siapa anda berkawan pasti si dia menilai setiap kawan tersebut, malah jika ingin melakukan sesuatu si dia akan pastikan perkara tersebut memberi kebaikan untuk dirinya sahaja.

8. Kalian tidak lagi menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

Hasil kajian mendapati bahawa mereka yang dihargai oleh pasangan apabila melakukan suatu tindakan akan lebih merasai kepuasan dalam perkahwinan. Ia semudah mengucapkan ‘terima kasih’. Walaupun hubungan dilanda masalah, mereka yang mengamalkan sikap menghargai dapat mengatasi cabaran dan mengendalikan hubungan secara sihat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen