10 Tanda Anda Perlu Berpisah Dengan Pasangan.

 

Dalam perhubungan pasti ada sahaja yang tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh sebab kelakuan yang sukar di bentuk atau ego yang sukar dilentur. Situasi ini terjadi kerana anda dengan pasangan tidak lagi serasi setelah berkenalan dengan lebih lama. Ada baiknya juga kadang-kala perkenalan yang mengambil masa ini kerana untuk mengetahui sama ada anda dengan pasangan serasi atau pun tidak.

Jom ketahui 10 tanda anda dengan pasangan perlu berpisah supaya hati tidak lagi menyimpan dendam…

1. Sering sangat bergaduh.

Jika pasangan lain boleh dikira bila waktu mereka bergaduh, atau dengan kata mudah jarang berlaku pergaduhan. Tetapi anda dengan si dia, seminggu sekali bergaduh. Atau pun, hari ni bergaduh, esok baik, lusa bergaduh kembali. Jika sering sangat bergaduh, tidak sihat untuk hubungan.

2. Menjadi penat bergaduh dengan si dia.

Apabila anda dengan si dia sering sangat bergaduh, ini akan menganggu fizikal dan mental anda. Anda menjadi terlalu emosi dan akan menjurus diri anda untuk menangis. Situasi ini amat memenatkan diri anda sahaja.

3. Tidak tenang walaupun selepas menangis.

Anda perlu ketahui, menangis boleh membuatkan seseorang menjadi lega dan lepas dari tekanan. Tetapi jika perkara ini tidak berlaku pada anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan kalian berdua. Masakan seseorang yang usai sahaja menangis masih lagi tertekan dengan pasangan.

4. Sentiasa mengingati segala keburukan si dia.

Anda tidak lagi boleh mengingati segala kebaikan yang si dia pernah lakukan pada anda. Apa yang anda boleh hanyalah segala keburukan si dia sahaja. Dan keburukannya itu bagaikan menghantui diri anda sehinggakan anda rasa tidak bahagia dengan dirinya.

5. Sukar melenturkan ego.

Perkara ini juga amat penting dalam perhubungan. Sekiranya anda atau pasangan gagal untuk melenturkan ego masing-masing, ketahuilah bahawa si dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda. Pasangan yang dapat menerima diri seadanya adalah apabila ego diri dapat dilentur. Malah anda dengan rela hati dan tidak serabut sekiranya ego dapat dilentur.

6. Makin menyampah membaca conversation whatsapp yang lama.

Sering sahaja anda mendengar sekiranya bergaduh dengan pasangan, ingat kembali kenangan atau momen-momen bersama dahulu. Ataupun baca kembali conversation whatsapp yang anda telah simpan berkurun lama. Tetapi apabila membuat dengan cara begini, hati semakin menyampah dan benci pula.

7. Semakin hari hati semakin tawar.

Sudah la semakin menyampah dengan throwback yang anda telah ingatkan tadi, hati juga menjadi semakin tawar apabila lihat wajah dan senyuman si dia. Gambar si dia juga anda delete terus kerana terlalu benci.

8. Tidak kisah melihat si dia berkawan dengan berlainan jantina.

Jika dahulu anda pasti cemburu apabila melihat si dia berkawan dengan kawan yang berlainan jantina. Hanya berbual kosong di café juga sudah membuat hati anda gundah. Tetapi sekarang tidak lagi. Anda seperti tiada perasaan melihat situasi tersebut.

9. Lebih suka meluangkan masa berseorangan.

Anda juga lebih seronok meluangkan masa berseorangan tanpa si dia. Ini kerana apabila adanya si dia, anda berasa hidup seperti semak dan sempit dengan kehadirannya.

10. Tidak lagi ‘save’ nama dia sebagai ‘sayang’.

Di contact list juga anda telah memadam panggilan ‘sayang’ kepada namanya yang sebenar. Tiada lagi emoji hati dan cinta. Hanya kosong sahaja.

Jadi, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini, apa yang perlu anda lakukan lagi? Jangan buang masa ya! Hidup ini terlalu pendek untuk berasa sedih setiap hari.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen