Berhenti Mengingati Orang Yang Telah Berlalu Pergi…

 

Ada orang dirinya masih belum mampu melepaskan apa yang telah berlalu pergi. Terutama jika orang tersebut telah melukakan hatinya. Ia seolah-olah menyesal dalam segala perkara yang berlaku sebelum ini. Maka ia membuatkan seseorang itu sukar untuk melupakan perkara tersebut.

Apabila seseorang itu telah memilih untuk pergi meninggalkan diri anda, anda seharusnya mula melupakan segala jejaknya, jangan disimpan di dalam hati lagi. Ada banyak perkara lagi yang boleh anda lakukan, ikuti perkongsian dari Syafiq Ridhwan ini.



Ada banyak perkara kau boleh lakukan daripada mengingati orang yang meninggalkan dan mengecewakan kau.

Berikan masa untuk kawan-kawan yang mana mereka sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk buatkan kau tersenyum semula. Hargai masa ketika mereka memberikan sokongan tika mana kau hanya memikirkan kesedihan.

Menikmati pemandangan bintang di waktu malam. Di kala semua orang menjalani kehidupan masing-masing. Dan kau di situ, memandang langit yang memberikan kau kepercayaan semula.



Kejar cita-cita dan impian yang kau inginkan sangat satu tika dulu. Yang mana kau dah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya. Dan bagaimana benda ini akan membuatkan kau kembali semula hidup.

Hargailah seni yang yang kerap melegakan kerisauan kau. Yang sempurna menggambarkan apa perasaan kau sekarang. Yang membuatkan kehidupan kau bertambah baik berbanding dahulu.
Dan paling penting.

Hargailah setiap orang yang akan datang dalam kehidupan kau selepas ini. Membuktikan yang kau tak terjejas sedikit pun dengan calar-calar ini. Dan kau berjaya menyembuhkan diri kau walaupun sukar.

Orang yang mengajarkan kau bahawa,

Sesetengah orang akan meninggalkan, orang yang baru akan datang mengganti. Dan orang itu akan menunjukkan bahawa dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang boleh kau hargai.

Dari sekadar mengingati orang yang berlalu pergi...



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,424 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen