“Jangan Mencari Yang Sempurna Kalau Bersederhana Itu Lebih Membahagiakan.”

 

Untuk apa terlalu memilih hanya kerana mahukan seseorang yang sempurna sebagai peneman hidup. Mereka ini belum tentu mampu menjaga serta memberi kebahagiaan seperti apa yang anda mahukan. Satu kesempurnaan itu belum tentu dapat menjamin sebuah kebahagiaan.

Tidak perlu mencari yang sempurna untuk pasangan hidup jika pasangan yang lebih bersederhana itu lebih membahagiakan. Sentiasa bersyukur dengan kehadiran dirinya kerana dirinya telah membahagiakan anda.



Teruskan bersyukur dengan apa yang ada, bahkan menjaganya dan menghargainya. Jangan terlalu mengejar terhadap sesuatu perkara yang tidak pasti, kerana pelbagai kemungkinan yang tidak terduga mungkin akan berlaku di depan hari.

Jangan cari yang sempurna karena kesempurnaan mutlak hanya milik Allah jazza wa jalla…

Jangan mencari mereka yang sempurna untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Hal ini kerana, tiada manusia yang sempurna melainkan Sang Pencipta. Jika terus menerus bersikap memilih mahukan yang sempurna, besar kemungkinan anda akan membujang seumur hidup anda.



Cuba ubah kemahuan diri anda. Cari seseorang yang anda perlukan bukan seseorang yang anda mahukan, pasti anda akan menemuinya. Yang paling utama anda selesa dan bahagia disisinya, itulah yang paling utama dalam membina rumahtangga bahagia.

Dari luaran mungkin si dia itu kelihatan biasa sahaja, namun dalamannya siapa tahu dia mempunyai satu perkara yang tidak anda jangkakan.

Jangan melihatnya dari luaran, tapi pandanglah dalamannya, iaitu hatinya. Carilah kebaikan serta pegangan agamanya di dalam dirinya. Siapa tahu, anda melihat kelebihannya yang mampu membuat anda rasa disayangi dan dicintai.

Apabila anda terlalu sibuk inginkan yang sempurna, tanpa anda sedar anda akan kehilangan yang terbaik. Biasanya yang terbaik ini begitu biasa dan bersederhana. Tidak terlalu berlebihan serta tidak begitu menonjol. Itu lah yang membuat anda tidak memandang dirinya.

Kejar yang biasa, jangan yang sempurna. Kesempurnaan itu tidak menjanjikan satu kebahagiaan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen