Sering Merasakan Rezeki Sempit Disebabkan Berhutang Nafkah Dengan Isteri.

 

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” (An-Nisaa’: 32)

Nafkah terdapat dua jenis iaitu;

Nafkah zahir.

Jika si suami tidak memberikan nafkah zahir ini padahal ia mampu, maka si isteri berhak meminta dari suami namun hanya cukup-cukup untuk buat mereka dan tidak secara berlebihan.

Suami perlu memenuhi keperluan isteri yang terdiri daripada tujuh perkara, antaranya:

  • Makanan.
  • Bahan-bahan dapur seperti rempah-ratus, bawang, minyak masak, garam, gula, asam, termasuk lauk-pauk dan sebagainya.
  • Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu).
  • Pakaian.
  • Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
  • Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidur dan sebagainya.
  • Tempat tinggal (rumah).

Nafkah batin.

Si suami juga jangan lah hanya memandang nafkah batin itu melibatkan hubungan intim sahaja, malahan jiwa dan hati si isteri jangan dibiarkan kekosongan tanpa diisi seperti kata-kata yang romantik. Secara emosinya si suami perlu mendengar luahan isteri, berbual, bermesra serta memberikan didikan agama juga turut dikenali sebagai nafkah batin.

Jika si suami tidak memberikan nafkah atau melaksanakan tanggungjawabnya, maka si suami sedang berhutang dengan isteri dan anak-anaknya. Di mana hutang tersebut tidak akan gugur walaupun si suami telah meninggal dunia atau pun berlaku penceraian terhadap kedua-dua pasangan.

Jom ikuti perkongsian Khairul Johari ini agar memberi manfaat kepada kita semua….

********

Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri? Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.

Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri.

Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia? Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.

Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.

Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Amin.

********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen