“Tanamkan Niat Untuk Simpan Duit Kahwin, Walaupun Belum Lagi Bertemu Jodoh..” Kenapa Ya?

 

Setiap insan dari kalangan kita pasti akan berkira-kira sama ada perlu atau tidak untuk menyimpan duit tabung kahwin walaupun masih belum bertemu jodoh. Mereka yang bujang selalu beranggapan malas untuk menyimpan duit kahwin kerana masih terlalu awal untuk memikirkan tentang jodoh atau pun nanti dah last minute baru berfikir tentang perancangan perkahwinan.

Jadi, sekiranya andaian sebegini tidak hairanlah jika jodoh yang anda idam-idamkan semuanya last minute atau asal ada sahaja. Adakah anda mahu situasi begini berlaku dalam hidup anda? Terkocoh-kocoh membuat sesuatu perkara, tiada perancangan, tidak berdisiplin pula malah tiada rasa ingin bertanggung jawab dengan kehidupan sendiri.

Jom ikuti perkongsian dari saudara ini berkenaan mengapa anda perlu menyimpan duit kahwin, walaupun belum lagi bertemu calon atau jodoh…

********

Banyak kali dah saya pesan, mula simpan duit kahwin segera walaupun kau belum jumpa calon yang sesuai. Sebab satu hari nanti kau akan berkahwin juga kan.

Laki ke, pompuan ke, dua-dua kena buat tabung kahwin ni. Perlu ada rasa tanggungjawab. Kau nak bina hidup bersama, tapi modal seorang saja keluar. Banyak cantik!

Simpan cara biasa. Seorang simpan RM500 sebulan, dua tahun dah dapat RM12,000. Sekali dengan pasangan, boleh dapat RM24,000. Tak cukup, simpanlah lebih.

Kalau kau guna platform ASB Financing, dapatlah total RM34,000. Kalau simpan dalam tabung haji, dapatlah total RM26,000. Ikut mana kau selesa nak buat.

Siapa yang kerja kat bank mesti tau, ramai sangat orang kita ni yang terhegeh-hegeh pergi buat personal loan puluh ribu sebab nak kahwin tapi tak cukup duit pula.

Kalau tak buat personal loan pun, mesti duk pinjam duit kat mak ayah, kawan, sedara mara. Dah menyusahkan orang lain pula. Bayar hutangnya belum tentu lagi tu.

Kau dapat sedap, pujian, tapi orang lain pula yang kena bagi hutang kat kau. Lepas tu buat-buat lupa bayar. Sampai anak dah habis SPM pun kau masih hilang ingatan.

Kau dah tau kau nak kahwin, bila tarikhnya, dengan siapa orangnya, lantakkan dulu. Tapi kan kau ada niat nak kahwin. Apa salahnya buat terus tabung kahwin.

Tip ni untuk yang memang ada niat nak kahwin. Untuk yang ada krisis identiti dan rasa diri dia nak membujang sampai bila-bila, bolehlah abaikan ya. Ha! – HF

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,854 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen