Antara Ciri-Ciri Suami Yang Akan Membuatkan Isteri Selalu Rindu.

 

Walaupun sudah tinggal serumah dan tidur sebatal, tidak mustahil seorang isteri akan tetap merindui suaminya walaupun berjauhan sementara. Isteri mana yang tidak merindukan suaminya apabila suaminya sering membahagiakan dirinya. Telatah suami yang menyenangkan, sudah pasti lah akan membuatkan isteri akan sentiasa rindukan bayangan suaminya.

Bukan menjadi suami yang penuh kejutan untuk membuat seorang isteri selalu rindu dengan dirinya. Bahkan juga bukan menjadi seorang suami yang menyedikan segalanya tapi kurang beri tumpuan kepada si isteri. Namun terdapat 5 ciri-ciri yang membuat isteri sentiasa merinduinya.



1. Tetap makan walaupun isteri masak tidak sesedap ibunya.

Suami tetap memberikan senyuman ketika menikmati makanan yang dimasak oleh isterinya adalah salah satu ciri suami yang dirindui. Walaupun masakan isteri itu tidak lah seenak makanan di kedai mahupun air tangan ibunya, si suami tetap juga menambah serta menikmati dengan selera. Wajahnya pada ketika itu pasti akan sentiasa diingati isteri.

2. Berikan senyuman dan ketawa walaupun dirinya penat.

Apabila pulang dari kerja yang memenatkan, suami dengan mudah menghadiahkan senyuman kepada isterinya. Tidak cukup dengan itu, suami juga sempat bergurau senda dengan isterinya, hal ini kerana dirinya tahu bahawa isterinya seharian sibuk menguruskan rumah dan kurang mempunyai teman.

3. Ikhlas dalam menolong melakukan kerja rumah.

Ini lagilah suami yang akan dirindui setiap masa, mana tidaknya sikap ringan tulang serta suka membantu isteri dalam menguruskan kerja rumah adalah perkara yang disukai isteri. Mana tidaknya, kadang kala dua belah tangan ini tidak mampu menyiapkan kerja rumah dalam masa sehari. Sebab itu lah dia memerlukan bantuan dari seorang suami.



4. Tidak ketepikan isterinya dalam membuat keputusan.

Suami yang baik tidak akan pernah meletakkan isterinya ditepi ketika membuat keputusan. Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti akan dibincangkan terlebih dahulu bersama isterinya. Hal ini kerana, suami mengutamakan si isteri terlebih dahulu sebelum orang lain. Bahkan dia tahu bahawa isterinya sangat penting buatnya.

5. Sentiasa memberi bimbingan dan teguran.

Seorang suami yang baik sudah pastilah membimbing isterinya melakukan kebaikan. Beri bimbingan agama dengan baik, bahkan dalam setiap kesalahan isterinya akan ditegur dengan cara yang baik dan berhemah.

Menjadi suami yang dirindui isteri ini tidak susah, tapi nak memulakannya agak sedikit payah. Tapi apabila sudah biasa, anda ditempat kerja pun isteri akan menyatakan rasa rindunya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,617 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen