Lelaki Sepatutnya Jangan Ada Rasa Malu Untuk Bersikap Romantis Pada Isteri, Tetapi Malulah Jika Dilakukan Ketika Sebelum Berkahwin.

 

Apabila menceritakan berkenaan dengan romantik, pasti kaum wanita akan tersenyum simpul untuk menceritakan lelaki romantik idaman mereka. Romantik bukan sahaja dengan luahan kata cinta, bahkan dengan perbuatan yang menandakan lelaki itu mencintai seorang wanita.

Namun, romantik itu bukanlah satu kelakuan yang boleh dibuat-buat malah tidak boleh dipaksa juga. Romantik juga adalah salah satu anugerah daripada Allah SWT kepada seorang lelaki untuk digunakan pada insan yang betul dan dengan cara yang betul.

Jika seorang lelaki menyalahgunakan sikap romantisnya pada seorang wanita yang belum lagi menjadi isterinya, ia seumpama mengambil kesempatan dengan anugerah yang telah diberikan. Jika seorang lelaki terlalu bangga kerana dirinya boleh diapit oleh ramai wanita kerana sikapnya yang terlalu romantis, sehingga digelar playboy, khuatir akan dimurka oleh Allah SWT.

Oleh yang sedemikian, bersikap romantik ini sebenarnya boleh diterapkan di dalam diri lelaki sekiranya dirinya benar-benar ikhlas mencintai seorang wanita. Malahan boleh juga belajar menjadi seorang yang romantik, jika dirinya benar-benar ikhlas untuk menerima seorang wanita di dalam hidupnya.

Mudah sahaja untuk menjadi seorang suami yang romantis iaitu;

  • Mandi bersama isteri.
  • Hantar isteri keluar rumah.
  • Bukakan pintu kereta.
  • Bawa isteri bersiar-siar.
  • Suapkan makanan.
  • Memberi belaian dan bermanja.
  • Bergurau senda.
  • Memanggilnya dengan panggilan manja.

Seperti Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan ‘Ya Humaira’ pada ‘Aisyah, yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan” atau “mawar merah”. Panggilan tersebut sahaja sudah menunjukkan betapa romantisnya Rasulullah SAW yang boleh si suami belajar dan terapkan pada diri.

Tetapi kaum wanita zaman sekarang apabila mendengar suaminya memanggil dirinya “Sayang” atau “Baby” sahaja pun sudah cair hatinya. Inikan pula dengan panggilan yang sangat puitis, pasti dirinya terasa sangat dihargai dan disayangi.

Maka, seorang lelaki yang telah bergelar suami sepatutnya jangan ada rasa malu untuk bersikap romantis pada isteri sendiri. Gunakan lah sikap romantis tersebut pada masa, waktu dan tempat yang bersesuaian agar ia di redhai Allah SWT.

Jangan pula dengan isteri bersikap dingin tetapi dengan wanita lain hebat pula memuji.

Malah ada sahaja sebelum bernikah bersungguh-sungguh bersikap romantik, tetapi setelah berkahwin kaku keras tidak terkata.

Dan juga seorang suami sepatutnya JANGAN BERHENTI bersikap romantis pada isterinya supaya dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan, malah ia juga adalah Sunnah Rasulullah SAW yang boleh diteladani oleh semua para suami.

Rugi jika seorang suami itu malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan boleh pula tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan. Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen