“Seorang Suami Bukan Sahaja Perlu Menjadi Pemimpin, Bahkan Perlu Menjadi Sahabat Baik Kepada Isterinya”

 

10/23/2018

Menjadi seorang suami memang mempunyai tanggung jawab yang sangat besar dan sangat berat berbanding dengan peranan seorang isteri. Ini kerana seorang lelaki bukan sahaja perlu memimpin keluarganya supaya alam rumah tangga dipenuhi dengan barakah, bahkan perlu menjadi seorang rakan yang baik untuk isterinya.

Jika ada suami menyangkakan selepas sahaja berkahwin, seorang isteri masih boleh menghubungi rakan baik sejenisnya, meluangkan masa bersama pergi membeli-belah, bergossip dan seumpama dengannya, ternyata lelaki itu silap. Ini kerana selepas sahaja berkahwin, kaum wanita akan secara total fokus pada suami dan anak-anak, kerana itu adalah prioriti mereka dalam mengejar kebahagiaan.

Dan kadang-kala sehingga tiada masa pula untuk meluangkan masa dengan keluarga, bagaimana untuk meluangkan masa dengan sahabat baik mereka?

JADI, BAGAIMANA SEORANG SUAMI BOLEH MENJADI SAHABAT BAIK KEPADA ISTERINYA?

1. Menjadi pendengar setia semasa sesi luahan perasaan.

Duduk sebumbung 24 jam 7 hari, pasti kadang-kala terdetik di hati bosan untuk melihat wajah pasangan, apatah lagi ingin mendengar luahan dan leteran seorang isteri. Sebab itu kadang-kala ada sahaja kaum lelaki lebih senang duduk di luar halaman rumah, atau pun pergi lepak dengan kawan-kawannya di kedai. Dan lebih sanggup sekiranya si isteri boleh meluahkan perasaan pada sahabat baik mereka.

Akan tetapi, situasi ini akan menjuruskan seorang isteri meletakkan sahabat baiknya menjadi prioriti dalam kehidupan walaupun sudah berumah tangga. Jika tidak diterapkan dalam diri seawal perkahwinan, untuk menjadikan atau boleh menganggap isterinya sebagai sahabat baik, khuatir lelaki tersebut sukar untuk menjalankan tugasnya sebagai pendengar setia.

2. Menjadi seorang yang boleh menyelesaikan masalah.

Pernah tak anda sering mendengar keluhan seorang isteri…

“Ish tak membantu langsung…”

Kaum wanita mudah berputus harapan sekiranya suaminya sendiri sukar untuk membantu dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sudahlah tidak mahu mendengar luahan hatinya, malah setiap perkara ingin diselesaikan dengan cepat tanpa bertentangan mata dan bersua muka ketika ingin menyelesaikan masalah.

Apabila situasi ini berlaku, kaum wanita yang sudah bergelar isteri ini akan bertindak melakukan apa sahaja secara berdikari tanpa pergantungan si suami. Jadi, suami akan berasa bangga kerana memiliki seorang isteri yang sangat berdikari dan boleh melakukan atau menyelesaikan segala konflik keseorangan.

Tetapi secara tidak sedar, si suami itu sebenarnya telah membuatkan seorang isteri menjadi tawar hati dengan sikapnya. Jika si suami tidak sedar akan kelakuannya ini, dan hanya menjadi seorang yang tidak mengambil peduli hati dan perasaan isterinya, ia membuatkan HUBUNGAN SEMAKIN RENGGANG.

3. Jangan berhenti menjadi romantis.

Jika anda boleh menjadi seorang lelaki yang jiwang karat ketika di awal perkenalan dan perkahwinan, mengapa tidak diteruskan sehingga sudah lama berumah tangga. Jangan malu untuk bersikap romantis terhadap isteri sendiri, tetapi malulah bersikap romantis pada kaum wanita yang bukan mahram lagi.

Maka, menjadi seorang suami ini bukan sahaja perlu memipin keluarga dengan sebaiknya, tetapi perlu menjadi ‘sahabat baik’ pada isteri supaya isteri tidak lagi merasa tertekan menguruskan rumah tangga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen