Dalam Rumah Tangga, Jangan Berfikiran Sebegini “Siapa Gaji Paling Tinggi Perlu Bayar Semua Bill Rumah”!

 

Bagaimana Nak Buang Darjat Duit Dalam Rumahtangga? Jom ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Walaupun duit bukan segala-nya tapi di sebabkan duit rumahtangga boleh bercerai berai, anak jadi terbiar dan kita sendiri boleh lupa diri.

Apatah lagi isteri yang jadi surirumah dan tak bergaji, suami tidak patut memperlekehkan mereka. Anggap isteri seperti patung di rumah, dan tak mempedulikan emosi dan fisiologi si isteri.

Serius kena buang darjat duit ini!

Suami isteri tinggal sebumbung, tidur sekatil dan makan semeja tak patut ada timbul isu aku yang kerja penat-penat, kau yang duk perhabis pula.

Sebenarnya ada cara mudah nak buang darjat duit ini dalam rumahtangga. Ini apa yang saya dan isteri dah amalkan sejak mula perkahwinan lagi.

Sebenarnye gaji bersih di slip gaji tu belum benar-benar bersih lagi, boleh di bersihkan lagi supaya berkat suami isteri.

Caranya ialah kumpul kedua dua gaji suami isteri dan bayar bil astro, tnb, air, kereta, rumah, belanja rumah dan sekolah anak. Baki yang ada kami bahagi dua, dan itulah gaji bersih 2.0 kami setiap bulan.

Contoh kiraan :

Gaji suami : RM3500

Gaji isteri : RM2500

Jumlah : RM6000

 

Bil bulanan : 250

Kereta : 1800

Ptptn : 550

Sekolah anak : 500

Rumah : 780

Belanja rumah : 550

Jumlah : RM4430

Jumlah pendapatan - Jumlah komitmen = Baki

RM6000 - RM4430 = RM1570

Gaji bersih 2.0 : 1570 ÷ 2 = 785

Jadi gaji bersih suami / isteri sebulan ialah RM785

Ok lah tu gaji bersih seorang tak perlu bayar apa apa lagi. Kalau isteri ada buat bisnes pun boleh campur pendapatan bisnes itu. Jangan pula bila isteri dah ada pendapatan sendiri suami terus mengabaikan belanja rumah.

Gaji bersih ini terpulang pada isteri nak guna duit itu sama ada buat simpanan atau buat beli baju dan alat solek. Comfirm suami tak akan pertikaikan.

Sebaiknya bila dua hati di satukan kehidupan yang dahulunya 2 sekarang dah menjadi satu. Ini termasuklah rezeki.

2 rezeki lelaki dan wanita, bila dah berkahwin akan menjadi satu yang lebih besar. Sebab itu orang selalu cakap bila dah berkahwin pintu rezeki akan di buka seluas luas-nya.

Percayalah semakin telus kita mengagihkan rezeki sama rata, semakin banyak punca rezeki akan bertandang ke rumah kita.

Keberkatan rumahtangga sentiasa jadikan keutamaan.

******** Semoga Bermanfaat ********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,598 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen