Tanda-Tanda Seorang Wanita Sudah Mulai Sayang Pada Pasangannya. Namun, Tidak Semua Lelaki Dapat Menerimanya.

 

Perubahan diri seseorang apabila sudah mulai sayang pada insan yang disayanginya pasti akan dikesan terutamanya wanita. Selain sering meluahkan perasaan suka dan sayang, perbuatannya juga pasti kadang-kadang memudaratkan diri. Kelihatan wanita sebegini seperti terhegeh-hegeh, namun hatinya tidak kisah digelar sebegitu asalkan dengan cara begitulah dia meluahkan perasaan sayang.

Jom lihat tanda-tanda tersebut…

1. Sangat clingy! Wanita ini menjadi sangat clingy dengan pasangannya, mahu whatsapp 24 jam 7 hari, jika berdekatan mahu berjumpa setiap hari jika masih belum lagi berumah tangga.

2. Fikirannya juga sentiasa memikirkan tentang kekasih hati, angau itu sudah pasti.

3. Nama kekasih hati nya sentiasa menjadi sebutan dan meniti di bibir munggilnya. Sehinggakan sahabat-sahabatnya menjadi saksi setiap hari siang dan malam. Jika satu hari tidak menceritakan perihal kekasih hati pada sahabat pasti tidak sah.

4. Tidak kisah jika kekasihnya tidak mampu dari segi kewangan, sanggup di beri pinjam duit simpanan. Ini kerana wanita ini sanggup membuat apa sahaja yang mereka mampu. Kadang-kala diluar kemampuan juga.

5. Sanggup memasak makanan kegemaran si kekasih dan pergi ke rumahnya untuk menghantar makanan, walaupun berjauhan.

6. Jika kekasih sakit dan tidak mampu untuk bergerak, tidak sampai sesaat keretanya menuju ke hospital kerana terlalu risau.

7. Kerutan dahinya ketika terlalu risau dan gelisah, mampu membuat insan lain memandang dengan simpati. Tidak sampai hati!

8. Di mana sahaja dia pergi, pasti ada sahaja barangan yang mahu di beli untuk kekasih.

9. Dia juga kadang kala terlalu menjadi kurang bijak kerana sanggup mengetepikan sahabat hanya kerana kekasihnya seorang.

10. Dia menerima kekasih hati dengan seadanya seikhlas hati, dan sanggup menunggu sampai bila-bila untuk menerima lamaran.

11. Nama kekasih hati di telefon bimbit di tukar kepada ‘Sayang’.

12. Tidak kisah untuk menelefon kekasih hati, di mana sahaja dia berada walaupun terlalu sibuk. Walau kerja di pejabat terlalu banyak dan selalu ‘out station’ tetapi masih ada ruang di mindanya tentang kekasih hati.

Namun sedemikian, tidak semua lelaki dapat menerima wanita sebegini kerana sudah terlalu sayang. Tidak salah untuk menyayangi seseorang, tetapi jangan terlalu berlebihan sehinggakan membelakangkan Allah SWT. Takut sekiranya pasangan tersebut hilang dari pandangan (seperti kematian) merana seumur hidup tidak dapat menerima takdir.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,504 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen