“Jangan Biarkan Lelaki Lain Yang Menghiburkan Hatinya..” 5 Punca Utama Wanita Mula Tawar Hati Dengan Pasangannya.

 

Dalam hubungan cinta antara uda dan dara, pasti ada pasang surutnya. Kebahagiaan yang dikecapi pasti hanya dapat dirasai sementara sahaja, kemudian berlakunya onak dan duri yang perlu dirintangi bersama. Hanya pasangan yang matang sahaja dapat menghadapi cabaran dan rintangan itu dengan tenang tanpa berlakunya tawar hati ini.

Antara lelaki dan wanita, kaum wanita yang mudah mengalami tawar hati kerana mereka meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada pasangannya. Jom lihat antara punca teman wanita atau isteri anda mula tawar hati dengan sikap lelaki ini…

1. Terlalu banyak bagi alasan.

Wanita kadang-kala bosan dengan lelaki yang sering memberi alasan sahaja. Bukan sahaja alasan sukar bertemu, tetapi alasan untuk sukar melakukan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika perkara itu penting dalam perhubungan anda. Seperti tentang perkahwinan atau pertunangan.

Sebagai contoh, pada awalnya, sudah berjanji dengan wanita tersebut untuk masuk meminang beberapa bulan setelah berkenalan, tetapi apabila sudah masuk setahun, tiada juga rombongan meminang yang datang. Jika terlalu lama wanita itu menunggu, pasti lama-kelamaan perasaan wanita tersebut pada pasangannya mula tawar.

2. Terlalu serius dalam perbualan.

Wanita adalah kaum yang mudah terhibur dan suka pada perkara yang lucu sekiranya dia mengalami hari yang teruk ketika itu. Jadi, memerlukan sumber yang dapat memberikannya gelak tawa adalah perkara utama dalam hidupnya. Jika terdapat seorang lelaki yang tahu untuk berjenaka dan tidak terlalu serius dalam perbualan, pasti wanita akan tertarik dengan lelaki tersebut.

Tetapi jika setiap hari mahu serius sahaja, mereka mudah tawar hati. Jika berlakunya perkara sebegini, cepat-cepatlah membuat hati mereka tercuit kembali supaya tiada lelaki lain dapat menghiburkan hatinya.

3. Terlalu sibuk dengan hal kerja.

Tidak salah jika komited pada kerja yang dilakukan, tetapi sekiranya terlalu sibuk dengan over time, kemudian pada hari minggu sibuk pula dengan kerja sampingan, pasti wanita tersebut akan berasa sunyi. Dirinya akan dirasakan seperti tiada pasangan. “Aku ni macam tak ada boyfriend pula…”

Sekiranya perkara ini terlalu kerap terjadi, dan lelaki tersebut tidak tahu cara untuk membahagikan masa dengan betul, pasti wanita tersebut mula merasa bosan.

4. Terlalu fokus dengan telefon bimbit.

Apabila berjumpa pula, wanita tersebut pasti ingin menceritakan segala hal pada temannya. Ini kerana hanya dengan temannya sahaja, si dia selesa untuk berbual semua perkara. Tetapi jika ketika berkomunikasi pun sukar untuk bertentangan mata, pasti wanita tersebut merasakan dirinya tidak lagi dihargai.

“Pergilah main PUBG sampai tua….”

5. Tidak menjaga hati dan perasaan mereka.

Perkara yang paling utama dalam perhubungan adalah saling menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain. Lelaki perlu dihormati dan dihargai, apatah lagi wanita yang sentiasa ingin rasa disayangi dan dicintai. Jika perkara ini tidak dirasakan lagi oleh seorang wanita, fikiran mereka hanya memikirkan tentang perpisahan sahaja. Hati-hati!

6. Tidak mampu menjadi pendengar setia.

Setiap wanita pasti memiliki teman baik sama ada sedikit atau pun ramai, kerana pada mereka sahajalah wanita boleh meluahkan perasaan. Selalunya kaum wanita boleh menjadi pendengar yang baik dan setia. Sekiranya teman lelaki atau suaminya tiada karakter sebegini, ia akan menjurus wania tersebut melebihkan teman baik daripada pasangannya. Adakah anda mahu perkara ini yang berlaku?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen