“Kelihatan Seperti Sudah Berkahwin” Antara Sebab Jodoh Anda Tidak Muncul lagi.

 

Risau dan bimbing sampai sekarang jodoh masih lagi tidak dijumpai? Umur pula semakin meningkat, ibu bapa pula semakin bising suruh kahwin, dan jodoh pula masih tak jumpa, macam mana ini.

Pasti bimbang rasanya bukan, tidak cukup dengan itu, anda juga pasti rasa cemburu melihat rakan-rakan seusia anda kini sudah mempunyai pasangan bahkan sudah bahagia dengan anak-anak mereka. Namun anda, masih lagi sedang sibuk mencari jodoh yang tidak muncul-muncul.



Banyak sebab mengapa jodoh anda itu masih lagi tidak muncul, mungkin juga 5 sebab ini ada dalam diri anda.

1. Mempunyai dendam dengan bekas kekasih.

Pernah atau tidak anda ingin membalas semula perbuatan bekas kekasih anda dengan satu perkara yang membuat anda rasa begitu puas hati? Pasti pernah bukan jika anda adalah salah seorang yang terluka kerana cinta lama. Perkara inilah yang menyebabkan anda tidak berjumpa dengan jodoh anda sehingga sekarang. Anda seharusnya belajar memaafkan dan melupakan perkara yang telah berlalu bukannya ingin membalas apa yang penah dirinya lakukan terhadap anda.

2. Tidak berusaha.

Jodoh anda tidak akan datang bergolek dengan tiba-tiba masuk meminang anda. Adalah lebih baik anda keluar untuk mencari mereka ini. Jangan hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. Cuba untuk luaskan pergaulan anda, jangan sekat jika hendak berkawan. Berkawan dengan semua orang tapi pada masa yang sama anda perlu bijak memilih rakan ye.

3. Masih belum move on.

Ini lagi satu perkara yang melibatkan bekas kekasih. Anda seharusnya sudah mula melupakan bekas kekasih anda bahkan jangan meletakkan bayang dirinya di dalam calon pasangan anda. Jika anda masih kekalkan bayangan dirinya dalam diri anda, sudah pastilah sukar untuk anda temui jodoh. Mana tidaknya semua yang anda lihat tidak akan sama dengan dirinya.



4. Takut untuk mendekati seseorang.

Ada juga yang terlalu takut untuk mendekati seseorang yang diminatinya. Maka dia lebih rela menunggu berbanding ketahui rasa hati orang tersebut. Jangan takut untuk mulakan langkah terlebih dahulu, cuba untuk ambil langkah untuk kenalpasti apa yang diriya rasakan mengenai anda. Barulah anda tidak menghabiskan satu masa yang sia-sia dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti.

5. Penampilan anda kelihatan seperti sudah berpunya.

Cuba lihat penampilan anda bahkan wajah anda, adakah ia kelihatan seperti suami atau isteri orang? Jika ya, lebih baik anda cuba tukar penampilan dan gaya anda itu. Jika tidak semua orang takut untuk dekati anda kerana mereka fikir anda sudah mempunyai pasangan. Bahaya ini!

Lihat diri anda, ada atau tidak 5 perkara ini, jika tiada baguslah, mungkin jodoh anda masih sesat lagi. Jika anda, cepat-cepatlah berubah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen