Cara-Cara Elakkan Diri Dari Berlaku Curang.

 

Kehadiran orang ketiga ini bukanlah satu perkara yang menyeronokkan bagi mereka yang sedang hangat bermadu asrama. Bukan hanya itu sahaja kehadiran orang ketiga ini biasanya hanya akan merosakkan hubungan malah ia akan melukakan hati seseorang.

Setiap orang yang melibatkan diri dalam hubungan ini seharusnya tahu bahawa berlaku curang ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan, mereka ini juga seharusnya tahu bagaimana untuk mengelakkan diri daripada berlaku curang. Namun begitu, tetap sahaja perkara ini terjadi kepada mereka yang tidak bernasib baik dalam hubungan yang dibina itu.



Berikut adalah beberapa cara untuk mengelakkan diri daripada berlaku curang.

1. Bersyukur dengan pasangan anda.

Perkara yang pertama yang seharusnya anda lakukan adalah bersyukur denga kehadiran pasangan anda. terima segala kekurangan bahkan kelebihan dari dirinya itu dengan hati yang ikhlas. Cuba untuk sentiasa pujuk diri anda dengan bersyukur akan kesemua kelebihan pasangan anda. Jangan pernah membiarkan kekurangan dirinya itu menutupi pandangan anda daripada melihat kelebihan yang ada pada dirinya. Jadi sentiasa bersyukur bahawa anda memiliki seseorang yang menerima kelebihan serta kekurangan anda.

2. Fahami dirinya serta penuhi keinginannya.

Sebagai seorang pasangan, anda seharusnya cuba untuk fahami dirinya yang mungkin kadang kala penat hingga tiada masa untuk melayani anda dengan baik. Namun begitu jangan pernah gunakan peluang sebegitu untuk berlaku curang. Cuba anda fahami apa yang dirinya inginkan dan cuba untuk penuhi keinginannya. Bukannya menggunakan segala kesempatan yang anda itu untuk berlaku curang dan menyakiti hatinya.

3. Jangan terlalu rapat dengan rakan yang berlawanan jantina.

Jika anda terlalu mudah untuk jatuh cinta, apa kata anda cuba kawal diri anda dari bergaul rapat dengan rakan yang berlawanan jantina. Mana tidaknya, dengan cara ini anda dapat mengelakkan rasa suka atau berlaku curang terhadap pasangan anda. Tidak salah jika anda berurusan mengenai hal kerja, namun jangan berlebihan sehingga keluar berdua-duaan.



4. Sentiasa berada disisi pasangan.

Sebagai pasangan, anda seharusnya berada disisi kekasih anda. Bukannya sentiasa sibuk dengan perkara lain sehingga mengabaikan pasangan. Mula mengabaikan pasangan ini adalah salah satu peluang seseorang itu berlaku curang. Jadi sentiasalah berada disisi pasangan dan berbagi segala rasa bersamanya bukan dengan yang lain.

5. Sentiasa luangkan masa bersama.

Untuk membuat anda tidak ada masa untuk berlaku curang adalah dengan meluangkan masa bersama pasangan anda. Kalau boleh habiskan masa sekerap yang boleh, jangan apabila anda rasa ada masa terluang sahaja. Anda perlu bijak membahagikan masa melalui telefon bimbit ataupun perjumpaan.

Namun begitu, orang kata hati seseorang ini tidak boleh diduga. Jika dirinya ingin berlaku curang pasti setiap peluang yang ada akan digunakan walaupun dia bijak menjaga hati perasaan pasangannya. Apa-apa pun berlaku curang atau setia itu semua adalah pilihan seseorang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen