6 Personaliti Lelaki Yang Akan Membuatkan Wanita Kagum Untuk Dijadikan Sebagai Bakal Suami.

 

Menjadi seorang lelaki yang mudah untuk membuat wanita berasa kagum agak sukar kerana wanita ini cerewet orangnya. Wanita memandang lelaki secara keseluruhan untuk dijadikan sebagai bakal suami, bukan pada paras rupa semata-mata. Selain pada personaliti yang hebat, yang pasti mereka mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi superhero mereka.

Jom lihat 6 personaliti lelaki yang buat wanita berasa kagum…

1. Kanak-kanak mudah mendekati lelaki tersebut.

Majoriti wanita suka pada kanak-kanak. Bermain dengan anak-anak kecil ini mampu membuat mereka mudah terhibur dan bergelak ketawa. Jadi, sekiranya kaum wanita dapat melihat adanya anak-anak kecil yang suka mendekati seorang lelaki, mereka pasti akan berasa terharu dan gembira kerana mula mengandaikan lelaki tersebut dapat menjadi seorang bapa yang baik dan pandai menguruskan anak-anak.

2. Seorang yang family person.

Seperti point nombor satu di atas, wanita juga akan berasa kagum dengan seorang lelaki yang mengutamakan keluarga terlebih dahulu. Apa jua perkara yang dilakukan, pasti family first. Jika lelaki tersebut tahu menghormati dan melayani ibunyasendiri dengan baik, pasti kelak akan melayani isterinya dengan baik juga. Itulah yang kaum wanita harapkan.

3. Seorang lelaki yang mampu menangis untuk dirinya.

Lelaki sukar untuk mengalirkan air mata apatah lagi menangis dihadapan wanita pula. Jika lelaki itu sanggup berduka lara dan menangis bersama-sama dengan wanita yang dicintainya, pasti ia membuatkan kaum wanita berasa kagum. Malah lelaki ini juga akan jujur dengan perasaannya.

4. Seorang lelaki yang hanya wujud di fantasi, tetapi wujud di realiti.

Wanita juga amat gemar berfantasi setelah menonton drama melayu apatah lagi membaca novel cinta. Jika lelaki tidak tahu, di dalam novel, karakter lelaki tersebut adalah seorang tegas dan garang, namun seorang yang romantik pula. Jika karakter lelaki di dalam novel tersebut wujud pada realitinya, pasti ia akan membuatkan wanita berasa kagum, bahkan ingin memiliki lelaki tersebut.

5. Seorang yang kompetitif.

Lelaki ini berjiwa kompetitif dalam apa jua yang dilakukan. Bagi pendapat wanita, lelaki ini pasti seorang yang tidak mudah berputus asa, dan mahu dapatkan apa jua perkara yang telah diusahakan. Malah, lelaki ini juga seorang yang rajin untuk mencari rezeki, dan ada sahaja idea untuk menambah pendapatan. Jika lelaki ini menjadi seorang suami kelak, pasti dia adalah seorang yang tidak mudah mengalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

6. Seorang yang sabar dan tabah melayani kerenah seorang wanita.

Seperti yang anda tahu, emosi adalah peranan besar dalam mempengaruhi setiap kelakuan seorang wanita. Mudah swing mood yang hanya membuatkan orang sekeliling pening kepala untuk melayannya. Jika adanya seorang lelaki yang tenang dan tetap bersabar melayani kerenah seorang wanita sebegini, pasti wanita tersebut tidak mahu melepaskan lelaki ini!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen