Ketahui 9 Hadiah Yang Allah SWT Akan Beri Pada Mereka Yang Bersabar.

 

Atho’ bin Abi Robaah memberitahu bahawa Ibnu Abbas pernah bercerita kepadanya tentang seorang wanita penghuni syurga. Wanita tersebut menghidap penyakit sawan (epilepsi) sehingga beliau selalu rebah di jalanan dan auratnya tersingkap.

Beliau datang kepada Rasulullah SAW lalu menceritakan hal tersebut lalu meminta supaya Rasulullah SAW mendoakan supaya dirinya diberi kesembuhan. Rasulullah SAW lalu memberi pilihan kepadanya sama ada inginkan syurga dengan sabar atau inginkan kesembuhan dengan doa.

Lalu akhirnya wanita tersebut memilih sabar, cuma dia hanya meminta supaya Rasulullah SAW mendoakan agar auratnya tidak tersingkap jika ditimpa lagi penyakit tersebut.

Cerita ini adalah cerita yang benar, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Sabar bukan bermakna kita duduk diam dan tidak melakukan apa-apa. Sabar adalah menerima dan redha bahawa itu adalah ujian yang diberikan Tuhan dalam masa yang sama melakukan usaha. Mari kita lihat ganjaran sabar yang disebut oleh Allah sendiri dalam kitab agung, Al-Quran.

1. Balasan Yang Baik Di Akhirat.

“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat” (Al-Ra’d 13:22)

2. Mendapat Pahala Yang Lebih Baik Daripada Apa Yang Dikerjakan.

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan” (Surah An-Nahl 16:96)

3. Memperoleh Keampunan Dan Pahala Yang Besar.

“Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar” (Surah Hud, 11:11)


4. Allah Bersama Orang Yang Sabar.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah 2:153)

5. Orang Yang Sabar Adalah Orang Yang Benar Imannya Dan Orang Yang Bertakwa.

“…mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa” (Surah Al Baqarah 2:177)

6. Mendapat Martabat Yang Tinggi Dalam Syurga.

“Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka…” (Surah Al-Furqan, 27:75)

7. Disambut Dengan Ucapan Selamat Dan Penghormatan Dalam Syurga.

“…dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya” (Surah Al-Furqan, 27:75)

8. Allah Mengasihi Orang-Orang Yang Bersabar.

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar” (Surah Ali Imran, 3:146)

9. Orang Yang Bersabar Dicukupkan Pahala Mereka Tidak Terkira.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (Surah Az-Zumar, 39:10)

Semoga Bermanfaat!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,792 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen