8 Perubahan Sikap Wanita Yang Bakal Menjadi Pengantin.

 

Setiap kaum wanita pasti akan mengalami stress tahap melampau sekiranya bergelar bakal pengantin. Dalam tempoh pertunangan pun mudah tertekan dengan pelbagai dugaan, apatah lagi dengan dugaan dalam rumah tangga nanti.

Cuba lihat rakan-rakan wanita anda yang akan bergelar pengantin kelak, pasti adanya perubahan sikap walaupun sedikit mungkin seperti…

1. Mahu berjimat.

Asal keluar sahaja pasti wanita ini mahu berjimat, jarang juga mahu melihat wanita yang sanggup mengikat perut kerana wanita selalunya akan bertindak mengikut emosinya sahaja. Ternampak bag yang cantik, limited edition pula, pasti mahu beli secepat mungkin. Kemudian baru dapat berfikir untuk berjimat mengikat perut. Tetapi wanita ini sejak dari awal sudah disiplin kan diri untuk berjimat.

2. “Hari ni aku diet”

Wanita ini juga memulakan langkah untuk menjaga pemakanan dan menjaga kalori yang diambil. Bila rakan-rakan ajak lepak makan, pasti kelihatan makanan yang diambil sedikit sahaja. Sudah pasti wanita ini mahu kelihatan cantik dengan persalinan baju pengantin kelak. Tak mahu pula baju persalinan yang digayakan tidak muat, ketat di perut, di lengan apatah lagi di peha. Malunya! Anak dara ada perut yang buncit.

3. Rajin bersenam.

Selepas sahaja pulang dari kerja, pasti akan bersenam, sama ada beriadah seperti jogging di taman, atau pergi ke Gym. Jika sebelum ini, usai sahaja pulang kerja pasti akan sibuk untuk membeli makanan, dan menjamahnya pada waktu drama pukul 7. Ataupun, selepas wkatu bekerja sahaja, terus tidur kerana kepenatan, tetapi kali ini sangat teruja untuk menguruskan badan.

4. Rajin follow akaun instagram yang berkaitan dengan perkahwinan atau kekeluargaan.

Sebagai rakan pasti sedikit sebanyak kita akan cuba stalk instagram rakan-rakan yang lain, kan? Mahu melihat page mana yang mereka follow dan like. Jika anda melihat salah seorang rakan yang bakal menjadi pengantin pula, mereka sering like gambar-gambar perkahwinan, baju pengantin atau gambar-gambar anak selebriti yang comel. Pasti tidak sabar menimang cahaya matanya sendiri.

5. Tiba-tiba terer pasal mekap.

Wanita juga secara peribadi akan mengambil tahu pasal mekap. Sering pula menonton youtube berkenaan dengan mekap. Cara nak buat countouring, shading, melukis kening dan seumpama dengannya. Walaupun akan ada mak andam yang akan mekap wajahnya, mengambil tahu tentang perkara ini adalah perlu supaya dapat menilai mekap itu sesuai dengan wajahnya atau tidak.

6. Rajin memasak.

Kaum wanita juga secara tiba-tiba rajin mencuba pelbagai resipi untuk dimasak. Eksperimen nya ini akan dibawa pada bakal suaminya untuk merasa supaya selepas berkahwin tak adalah masakan itu berasa teruk sangat. Jadi, bagi mereka perlulah belajar sejak dari awal lagi supaya suami bertambah sayang.

7. Homesick.

Khusus pada mereka yang bekerja jauh dari ibu bapa dan menyewa rumah beribu batu dari kampung halaman pasti sentiasa rindu pada orang tua. Wanita ini juga kelihatan akan sentiasa balik ke kampungnya kerana terlalu merindui pada ibu bapanya. Ini mungkin kerana selepas berkahwin pasti akan berpisah dan tinggal bersama suami pula.

8. Mudah stress.

Secara tipikal wanita memang kelihatan amat mudah tertekan kerana dipengaruhi kuat dengan emosi. Tidur malam terganggu sehingga kan pretasi kerja di pejabat juga terganggu. Mana nak setelkan hal kerja, mana pula nak setelkan hal kahwin, pasti tiba-tiba sahaja akan kelihatan wanita ini menitiskan air mata kerana terlalu stress dengan kehidupan yang dialaminya.

Sebagai rakan, atau pun pada bakal suami mendengar luahan wanita ini amatlah digalakkan kerana mereka akan berasa murung seperti tiada siapa dapat memahaminya ketika ini.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen