10 Tanda-Tanda Lelaki High Maintenance. Adakah Lelaki Ini Seorang Yang Cerewet Memilih Jodoh?

 

Kini, bukan sahaja kaum wanita yang mempunya ciri-ciri high-maintenance, kaum lelaki juga memiliki ciri-ciri tersebut. Jika terdahulu lelaki tidak cerewet dalam apa jua perkara, keadaan dan situasi. Dengan perubahan masa dan zaman, kaum lelaki sekarang amat menitik beratkan semua perkara.

Kadang-kala kaum wanita juga turut terkejut dengan perubahan ini. Jom kita lihat sama ada teman lelaki atau suami anda mempunyai tanda-tanda sebagai lelaki high-maintenance…

1. Suka memakai minyak wangi.

Lelaki zaman sekarang yang amat menitikberatkan penampilan, pasti akan memiliki beberapa minyak wangi dibiliknya. Oleh kerana bagi mereka, kaum wanita suka pada lelaki yang mempunyai bau badan yang menyenangkan, maka mereka tidak kisah menggunakan minyak wangi tersebut.

Fakta: Menurut kajian, ada sebahagian lelaki lebih suka memakai minyak wangi wanita kerana bau yang sangat lembut berbanding bau minyak wangi lelaki yang sangat tengik, dan tidak menyenangkan bagi kaum wanita yang membaunya.

2. Adanya penjagaan muka.

Kaum lelaki ini juga amat mementingkan penjagaan muka. Tidak rajin pergi Spa seperti kaum wanita, cuma cukup mencuci muka sahaja, kerana sering terdedah dengan cahaya matahari, habuk dan udara kotor.

3. Meluangkan masa di kamar mandi dengan lama.

Apabila amat mementingkan penjagaan diri, lelaki ini juga kadang-kala meluangkan masa yang lama dikamar mandi seperti wanita.

4. Kadang-kala lewat ke sesuatu tempat.

Lelaki ini juga mungkin kadang-kala lewat ke tempat kerja atau mana-mana majlis kerana terlalu mementingkan penampilannya.

5. Mementingkan penampilan.

Rambut disisir rapi, bau badan yang menyenangkan, setiap baju dan seluar akan digosok supaya kelihatan kemas. Malah, t-shirt yang berkedut juga akan digosok supaya kaum wanita senang berdampingan dengannya.

6. Lebih suka menaiki kereta sendiri.

Lelaki ini pasti memiliki kenderaan sendiri kerana mereka lebih gemar menaiki kenderaan sendiri berbanding menaiki public transport.

7. Hanya bersukan di gym.

Lelaki ini juga gemar bersenam dan bersukan, ini kerana mereka amat mementingkan tubuh badannya fit pada setiap pakaian. Boleh dikatakan lelaki ini berbadan sado juga.

8. Menukar baju dengan kerap.

Apabila badan mengeluarkan peluh yang berlebihan, pasti badan akan berbau, kan? Jadi, lelaki ini akan kerap menukar baju dalam sehari. Malah, setiap hari akan membasuh baju, berbanding dengan lelaki yang secara normalnya akan memakai satu t-shirt selama seminggu.

9. Tidak gemar pergi camping.

Lelaki ini kadang-kala tidak gemar dengan aktiviti outdoor, kerana ingin menjaga penampilannya dan identiti sebagai lelaki high-maintenance.

10. Aksesori yang mahal.

Dan secara tipikal, lelaki ini juga gemar dengan barangan yang berjenama. Bukan sahaja jam tangan yang mahal, aksesori kereta juga semuanya yang mahal dan berkualiti.

Tetapi, adakah mereka ini cerewet untuk memilih jodoh seperti dirinya yang high-maintenance? Kebanyakannya dan kebiasaannya mereka akan memilih wanita yang sepadan dan sekufu seperti dirinya. Supaya kelihatan sama cantik, dan sama padan.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,187 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen